TNB dituntut perjelas bil elektrik melonjak naik

 

TNB dituntut perjelas bil elektrik melonjak naikKUALA LUMPUR- Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.

Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.

Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.

Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.

Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah….

-Mohd Fazli Hasan

Taman Meru Damai, Kapar Klang.

Kontrak LRT RM1 bilion, Najib rebut untuk beri kepada kroni

 

(Oleh Masdar Wahid)

PETALING JAYA 27 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan tindakannya menukar kontraktor bagi projek kerja-kerja penyambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, penjelasan itu perlu kerana Najib sudahpun bersetuju dan meluluskan projek itu kepada PDA Consortium seperti diputuskan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikannya selaku Menteri Kewangan pada 25 Januari lalu.

“Dalam kes kontrak kerja sambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion, Najib pada minggu lalu berhasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilapor Business Times 22 Jun lalu.

“Ini bertentangan keputusan JPMK yang bersidang 25 Januari lalu. JPMK adalah jawatankuasa perolehan tertinggi peringkat Kementerian Kewangan dan dipengerusikan Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

“Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini (seperti yang didedah KEADILAN).

“Sebaliknya, JPMK mengarah pakej kontrak itu dianugerah kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000,” katanya yang turut mengedar minit mesyuarat itu hari ini.

Rafizi berkata, keputusan itu turut ditandatangani Najib, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

“Saya yakin campur tangan Najib ini jelas melanggar etika pentadbiran telus dan berbaur penyelewengan kuasa dan oleh demikian, KEADILAN akan membuat laporan polis dan laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terhadap beliau pada 29 Jun ini,” kata Rafizi lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31984

SPRM keldai tunggangan ?

 

KUALA LUMPUR 28 Jun: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin mempersoal tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Rafizi ekoran pendedahan campur tangan Perdana Menteri dalam projek LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

“Belum ada laporan polis pun, baru pendedahan sahaja tapi SPRM tanpa bertangguh cepat saja datang menyiasat,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

Zuraida turut menyifatkan tindakan yang kononnya efisyen itu sebagai berat sebelah terutama bila melibatkan pemimpin Umno.

“Walaupun tindakan pantas itu wajar dipuji tetapi mengapa hanya bila melibatkan satu pihak sahaja?” soalnya.

“Kes (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Shafie Apdal dah berapa kali desak agar disiasat, tapi ada saja alasan…tak cukup buktilah, saksi dan bermacam lagi alasan,” kesal Zuraida.

“Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan SPRM, mereka patut terima dan tak perlu melenting bila rakyat menggelar mereka ‘kuda tunggangan’ Umno,” tegasnya.

Empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya kira-kira jam 8.00 malam semalam.

Peguam Rafizi, N Surendran berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan pendedahan Rafizi di sidang medianya pagi itu.

Beliau mendedahkan Datuk Seri Najib Razak telah campur tangan dalam proses pembidaan untuk projek kerja-kerja sambungan LRT tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32025

MP wants Terasasi probed for treason

Despite Defence Minister Zahid Hamidi’s plea of ignorance over allegations of secret Malaysian navy papers leaked to French naval shipyard DCNS by Terasasi, a Hong Kong-based company, the government should still investigate the matter.

Ali Tinju vs Zahid Hamidi and the winner is………..

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa SMS yang dihantar isterinya kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom, berhubung perhimpunan yang dirancang pertubuhan itu bukanlah satu ugutan.

Sebaliknya, ia lebih kepada satu nasihat, kata menteri itu ketika diminta mengulas 16 SMS kiriman isterinya itu, seperti yang didakwa Mohd Ali.

Rafizi: Najib interfered in LRT tender award

PKR strategy director Rafizi Ramli today released government documents in his bid to prove that Prime Minister Najib Abdul Razak interfered in the award of the RM1 billion Ampang Line LRT extension project.

PKR: Murad made SD against Anwar under duress

PKR secretary-general Saifuddin Nasution claimed that former Bank Negara assistant governor Abdul Murad Khalid was under threat when he made the statutory declaration (SD) in 1999 alleging that Anwar Ibrahim had a RM3 billion slush fund.

He said Murad had flown to Munich at the end of 2004 to meet Anwar, who was receiving medical treatment there, to offer a private apology.

Tema Bajet 2013 : Kekalkanlah Saya Sebagai PM…

 

Shahbudin Husin

Jika mahu dikatakan transformasi, barangkali inilah transformasi yang sebenarnya yang mahu dibawa oleh Najib. Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib ternyata paling banyak melakukan pelbagai perkara baru semata-mata untuk mendapatkan undi dan memastikan dirinya terus kekal berada di puncak kuasa.

Dari memberi wang kepada rakyat, budak sekolah, pelajar universiti, durian runtuh kepada peneroka Felda sehinggalah kepada memberi baucer tayar kepada pemandu teksi – adalah antara pembaharuan politik yang diperkenalkan Najib. Najib dilihat sebagai pemimpin yang pemurah dengan wang tunai dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, jia ada pun pemberian tunai hanyalah pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan.

Kali ini beliau melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadikan sambutan Hari Merdeka sebagai medan kempen bagi UMNO dan BN pula melalui persetujuan kerajaan menggunakan ungkapan 1Malaysia Janji Ditepati sebagai tema sambutannya pada tahun ini.

Pengumuman tema ini diumumkan oleh Dr Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab terhadap sambutan hari kemerdekaan itu.

Sesiapa pun yang membaca tema itu dengan pantas menyedari bahawa ia bertemakan kempen politik, lebih-lebih lagi Program Janji Ditepati adalah sebuah program mendekati rakyat anjuran Media Prima yang sudah diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara dengan Najib sendiri hadir dan bercakap mengenai politik, pilihanraya dan mempertahankan kuasa di program-program tersebut.

Oleh itu, dengan menggunakan tema yang sama, tentulah ia juga bermotifkan politik dan seolah-olah mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO dan BN adalah penunai janji terbaik yang mesti terus dikekalkan kuasanya.

Sambutan Hari Merdeka sepatutnya diraikan dengan mengajak rakyat menghargai kemerdekaan, kecintaan kepada negara, memupuk perpaduan dan lain-lain nilai baik yang meliputi semua kaum dan golongan kerana ia diraikan oleh semua lapisan rakyat. Ia seharusnya merentasi batas politik dan untuk semua orang.

Tetapi dengan Najib ingin melakukan transformasinya mahu menjadikan Hari Merdeka sebagai medan kempen politik, ia bukan saja menyerlahkan keghairahan yang terlampau terhadap kuasa dan kemenangan malahan di sisi lain menggambarkan kebimbangan Najib yang sedang berada di tahap maksima.

Tidak pernah mana-mana pemimpin sebelum ini menjadikan sambutan Hari Merdeka sebagai medan kempen, walau bagaimana gelora sekali pun kemelut politk yang sedang dihadapi. Mahathir sendiri ketika menghadapi tentangan sengit Semangat 46 pada pilihanraya 1990 dan selepas pemecatan Anwar pada piliharaya 1999, tidak tergamak menjadikan sambutan hari kemerdekaan di mana-mana tahun sekali pun sebagai medan untuk kempen politiknya.

Untuk renungan bersama, elok kita imbas kembali tema-tema sambutan Hari Merdeka sejak 1970 untuk melihat kematangan pemimpin sebelum itu berbanding Najib yang kelihatan cukup pendek akalnya. Tema sambutan kemerdekaan hanya diperkenalkan mulai tahun 1970 dan sebelum itu is tidak mempunyai tema dan lebih menjurus kepada erti kemerdekaan sahaja.

1970 – Muhibbah dan perpaduan
1971 – Masyarakat progresif
1972 – Masyarakat adil
1973 – Masyarakat berkebudayaan Malaysia
1974 – Sains dan teknologi alat perpaduan
1975 – Masyarakat berdikari
1976 – Ketahanan rakyat
1977 – Bersatu maju
1978 – Kebudayaan sendi perpaduan
1979 – Bersatu berdisiplin
1980 – Berdisiplin berbakti
1981 – Berdisiplin berharmoni
1982 – Berdisiplin giat maju
1983 – Bersama ke arah kemajuan
1984 – Amanah asas kejayaan
1985 – Nasionalisme teras perpaduan
1986 – Bangsa tegas negara teguh
1987 – Setia bersatu berusaha maju
1988/1989 – Bersatu
1990 – Berjaya
1991 – Wawasan 2020
1992 – Wawasan asas kemajuan
1993 – Bersatu menuju wawasan
1994 – Nilai murni jayakan wawasan
1995 – Jatidiri penggerak wawasan
1996 – Budaya penentu kecapaian
1997 – Akhlak mulia masyarakat jaya
1998 – Negara kita, tanggungjawab kita
1999 – Bersatu ke alaf baru
2000 – 2006 – Keranamu Malaysia
2007 – Malaysiaku gemilang
2008 – Perpaduan teras kejayaan
2009 – 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
2010 – 1Malaysia menjana transformasi
2011 – 1Malaysia, transformasi berjaya, rakyat sejahtera
2012 – 1Malaysia janji ditepati

Jelas dapat dilihat bahawa tema-tema hari kemerdekaan sebelum ini adalah bersifat menyeluruh dan mengajak kepada kebaikan untuk semua orang serta tidak pernah digunakan untuk matlamat politik.

Bagaimanapun sejak Najib menjadi Perdana Menteri, kecenderungan kepada mempromosi pendekatan politiknya mulai terserlah melalui tema yang digunakan sejak 2009 itu.

Tetapi buat pertama kalinya tahun ini ia jelas bersifat politik, untuk memenangi piihanraya dan untuk kepentingan Najib mempertahankan kuasa. Sambutan hari kemerdekaan tahun ini juga buat pertama kali juga akan diadakan sambutan malam yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tentunya akan disiarkan secara langsung melalui tv ke seluruh negara.

Sekali lagi, Najib pastinya akan menggunakan acara itu untuk berkempen politik dan menyerang pembangkang. Sambutan Hari Merdeka tahun ini akan menjadi hari kempen yang meriah untuk Najib, UMNO dan BN.

Dan selepas 31 Ogos ini akan diadakan pula sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sarawak. Najib tentunya juga tidak mahu melepaskan peluang menggunakan acara itu sekali lagi sebagai medan kempen politiknya, tambahan pula Sabah dan Sarawak yang dulunya dikenali sebagai “fixed deposit” untuk BN, kini sudah mula ditembusi oleh Pakatan Rakyat.

Jika pilihanraya tidak diadakan lagi selepas sambutan Hari Malaysia itu, Najib mempunyai satu lagi peluang untuk berkempen iaitu melalui pembentangan Bajet 2013 yang sudah ditetapkan pada 28 September depan. Najib pastinya juga akan menggunakan peluang dalam pembentangan Bajet 2013 itu untuk menawarkan pelbagai habuan, gula-gula dan janji politiknya. Seperti biasa, oleh kerana ia disiarkan secara langsung melalui tv, Najib tentunya akan mengggunakan kesempatan itu untuk menyerang Anwar dan pembangkang melalui pembentangan bajet itu nanti.

Oleh kerana Najib sudah begitu jauh menyimpang dari landasan berpolitik yang sewajarnya sehingga sanggup menjadikan sambutan hari kemerdekaan sekali pun untuk kepentingan politiknya, janganlah terkejut jika Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib nanti bertemakan “Kekalkanlah Saya Sebagai Perdana Menteri”.