Keluarga Shahrizat cuba lupuskan aset NFC

Mereka didakwa kini dalam proses terakhir menjual tiga aset hartanah di Taman Sri Hartamas pada nilai harga RM4juta.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail didakwa melupuskan aset hartanah syarikat itu bernilai RM4 juta walaupun kerajaan telah membekukannya sejak 14 Januari lalu.

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli mendakwa Salleh dan anaknya Wan Shahinur Izran Mohd Salleh kini dalam proses terakhir menjual tiga aset hartanah kepada syarikat Insun Development Sdn Bhd.

Tiga hartanah terbabit merupakan kedai pejabat tingkat 1 hingga 3 yang dijual berasingan di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas, di sini yang bernilai masing-masing RM1.5 juta, RM759,000, serta RM741,000.

Beliau mendakwa aset hartanah terbabit dibiayai oleh bank yang sama dengan lapan unit hartanah mewah di KL Eco City.

Katanya, urusniaga antara NFC dan Insun Development bernilai RM3 juta itu duruskan peguam Heng & Co dengan diskaun pembelian 25 peratus.

“Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urus niaga sebegini terus berlaku pada harga yang lebih rendah.

“Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kata beliau jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1.      Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta
2.      2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta
3.      Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta
4.      2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta
5.      8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

“Urusan pelupusan harta ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan,” katanya.

Oleh itu beliau sekali lagi menegaskan supaya kerajaan mengambil langkah tegas membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC kerana ia adalah cubaan untuk mencagar kembali dana awam bernilai RM250 juta itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s