Bahang ‘Bersih3.0’ sudah terasa di Kuching.Sarawak

;

Kuching – Sebentar tadi Naib Ketua Wanita PKR Malaysia Pn Voon Shiak Ni dan Ketua Wanita PKR Sarawak Pn Nurhanim Hana Mokhsen bersama ahli-ahli parti telah mengedarkan risalah Bersih3.0 kepada orang ramai di sekitar Waterfront dan Jalan Satok, Kuching, Sarawak.

Pn Voon dan Pn Nurhanim mengetuai lebih kurang 20 orang ahli lengkap menggunakan t-shirt Bersih3.0 mengambil peluang untuk bersuai kenal dengan masyarakat di sekeliling sambil mendengar pandangan mereka.

Kehadiran mereka disambut baik oleh pengunjung-pengunjung yang membanjiri kawasan waterfront petang tadi. Ada yang menjerit memanggil mereka kerana mahukan risalah yang diedarkan. Kenderaan yang lalu lalang juga ada yang berhenti untuk bertanyakan tentang aturcara Bersih3.0 yang dijadualkan berlangsung di Waterfront pada 28 April 2012 pukul 2.00pm. Mereka menyatakan sokongan terhadap agenda Bersih3.0 dan berjanji untuk turun pada hari tersebut nanti.

Lengkap berpakaian Bersih3.0 bersama Pn Voon dn Pn Nurhanim

Sementara itu, pengedaran risalah di Satok juga diterima baik oleh masyarakat yang lalu lalang dan peniaga disekitarnya. Risalah telah diedarkan kepada orang ramai yang berada didalam restoran dan kedai-kedai berhampiran.

Sebanyak lebih kurang 1000 helai risalah telah berjaya diedarkan kepada orang ramai di kedua-dua lokasi.

Sila hadir beramai-ramai memakai baju Kuning pada 28 April 2012 jam 2.00pm di hadapan bangunan Mahkamah lama Waterfront Kuching.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s