THE ILLEGAL ABDUCTION OF PETER JOHN JABAN ON GAWAI EVE

PRESS STATEMENT
31 May 2012

THE ILLEGAL ABDUCTION OF PETER JOHN JABAN ON GAWAI EVE

I wish to express my outrage at the abduction of Peter John Jaban in Miri this morning while he was on his way home to celebrate the Gawai festival with his family. From reports received, the police were ‘in the know’ about this abduction as there was heavy police presence at Miri airport. The men who removed him from Dr Michael Teo’s car were not uniformed and refused to identify themselves to a lawyer, Mr Alan Ling who was also in Dr Teo’s car.

This is indeed a dark and sad day for Sarawakians, that the authorities would treat a native of the land in such a shameful manner and show total lack of respect for the local culture and festivities. Peter John’s family was waiting to celebrate Gawai with him and are now extremely distraught, not knowing his fate. To add to their worries is the fact that he has some medical issues.

I call upon the authorities to own up to their contemptible act. By refusing to identify themselves, the officers had acted illegally and we demand the release of Peter John. At the very least, disclose Peter John’s location so that a lawyer can be present to ensure that his rights are not violated. Inform him and his family of the reason for his abduction and the law pursuant to which his abduction was carried out. Proper procedures must be followed when the authorities are depriving a man of his freedom and liberty. The actions of the authorities this morning indicate that we are on the road to becoming a police state where those charged with ensuring our safety behave like gangsters. Sarawakians are a peace-loving people and we find such behavior totally repugnant and unacceptable. Where is the honour, decency and integrity which we expect from the police force?

We are highly concerned about Peter John’s safety at this time, especially when we recall the brutality with which Dato’ Sri Anwar Ibrahim and many others in custody were treated. Let the authorities take note that we, and the public, hold them responsible for Peter John’s safety and well-being while he is in their custody. Let no harm befall him.

We urge the authorities to show some civility and moral rectitude – release Peter John Jambun to his family so that he may be reunited with his family this Gawai season.

We pray for Peter John and his family, that he may be returned safe to his loved ones.

Baru Bian
State Assemblyman
N70 Ba’ Bekalalan /
Chairman
PKR Sarawak.

Advertisements

Jamuan kumpul dana Ops Scorpene di P. Pinang & KL, 21 & 23 Julai

 

Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan Ops Scorpene bagi mengumpul dana  membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah pembelian dua kapal Selam yang bermula Julai ini.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya menetapkan sasaran RM 100,000 melalui pembelian tiket minum petang 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam 23 Julai di Kuala Lumpur.

Katanya, William Bourdon, peguam yang mewakili Suaram bagi kes itu akan menjadi tamu khas yang akan memberi taklimat perjalanan kes dan sistem perundangan di Perancis.

“Kami menyeru semua parti politik, NGO dan orang perseorangan memberi sokongan,” katanya.

Sumbangan cek boleh dibuat atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd atau Hong Leong Bank di akaun nombor 0300-0065-200. Maklumat tiket boleh diperoleh dengan melayari www.suaram.net.

Cynthia berkata, siasatan kes kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis dan mana-mana individu dari kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberi keterangan.

“Siasatan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberi kepada syarikat Perimekar.

Beliau berkata, hakim dan pendakwaraya akan dilantik Mahkamah Kebangsaan Perancis manakala siasatan lebih terbuka dengan semua bukti didedah di mahkamah.

“Perbicaraan ini akan membongkar pihak mana memberi komisen sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,” katanya.

Mahathir jangan dijadikan contoh dan ikutan

 

Betul kah padangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan  ialah kata-kata Mahathir yang jika UMNO kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada UMNO pula? Kenapa Mahathir alih-alih dan tidak semena-mena  terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan di salah fahamkan.

Saya bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti asalnya oleh kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal masa depan orang Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru hara negara ini, ia amat bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini, terutamanya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Segala yang beliau lakukan semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang menjadi penyebab berlakunya apa yang berlaku pada hari ini.
Saya mempunyai keyakinan tinggi yang Mahathir sedang begitu panik dengan pergerakan perubahan yang sedang berlaku dalam minda rakyat termasuk minda orang Melayu. Yang pastinya Mahathir tidak mahu seboleh-bolehnya melihat UMNO ciptaan beliau kecundang dihadapan mata beliau semasa beliau masih hidup ini. Kalau di nilai dari sudut mana pun, mahu tidak mahu Mahathir merupakan orang yang ‘accountable’ terhadap kekeruhan politik negara kini. Continue reading

Lagi Ditangguh Tarikh Pilihanraya, Lagi Senget UMNO/BN

 
Najib dijangka pulang dari luar negara dalam sehari dua ini. Dalam masa yang sama tarikh pilihanraya umum masih menjadi misteri. Semua orang berdebar-debar menunggu dan tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Tidak seperti piliharaya sebelum ini, keghairahan kali ini dianggap luar biasa kerana lebih ramai pengundi mahu menterjemahkan sokongan dan pendirian mereka ke dalam kotak undi.

Dalam waktu yang terdekat ini, tarikh yang mungkin munasabah untuk Najib mengadakan pilihanraya ialah dalam bulan Julai iaitu sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada 21 Julai ataupun selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu sekitar bulan September. Pilihanraya tidak mungkin diadakan antara Oktober dan Disember kerana ketika itu musim haji, cuti sekolah, adanya pembentangan Bajet 2013 dan mungkin musim banjir.

Jika Najib tidak mengadakan pilihanraya di kedua-dua tarikh itu, kemungkinan pilihanraya akan dianjak terus kepada tahun hadapan. Tempoh berakhirnya penggal Parlimen ialah April 2013.

Keputusan bila tarikh sebenar pilihanraya adalah ditangan Najib. Beliau mungkin sedang menimbang dan memikirkan suasana yang sesuai sekarang ini.

Sementara itu, lagi lama Najib menangguhkan tarikh pilihanraya, suasana politik negara ternyata menjadi semakin panas dan membara. Banyak isu dan keadaan yang berlaku akhir-akhir ini nampaknya tidak memihak kepada UMNO dan BN. Makin lama ditangguh, kerajaan dan parti yang sedang dipimpin oleh Najib nampaknya makin senget dari segi persepsi rakyat. Continue reading

Najib Dah Jadi Macam Pengemis!

Keghairahan Najib untuk mendapatkan undi kaum Cina dan India dalam PRU 13 ini dan seterusnya meletakkan dirinya kekal di persada kuasa sebagai Perdana Menteri, memperlihatkan bahawa tindakannya sekarang ini sudah sampai ke tahap “mengemis”. Tindakannya itu bukan saja diperlihatkan melalui kata-kata dan ucapan tetapi juga melalui perbuatannya sekali.

Beliau sering merayu, memberi logik mengikut kepentingannya, mengungkit jasa dan kadang-kadang melontarkan nada berupa ugutan. Beliau juga sanggup hadir ke pelbagai sambutan yang dianjurkan kaum Cina dan India, termasuk meraikan Thaipusam di Batu Caves, siap dengan berpakaian kurta kuning. Selain Itu beliau juga sering menghulurkan “bantuan segera” kepada komuniti Cina dan India, setiap kali ada kesempatan berbuat demikian. Untuk itu, sekolah Cina, NGO, pusat kebudayaan India dan sebagainya sering menerima “durian runtuh” daripada Najib.

Kaum Cina dan India kini bagaikan “gadis pingitan” yang menjadi buruan serta igauan seorang jejaka kaya. Bukan saja kata-kata manis, pujuk rayu malahan bermacam-macam “hadiah” sanggup diberikan. Kadang-kadang apabila respon yang diharapkan tidak menjelma, taktik ugutan pula digunakan. Continue reading

17 cedera dalam kemalangan acara lumba drag

May 27, 2012

PUTRAJAYA, 27 Mei — Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

“Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.

Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. — Bernama