Dapatkan Suara Keadilan edisi BERSIH sekarang!

May 1 2012 / Keadilan Daily

Suara Keadilan (SK) ke 64 memuatkan laporan khas 32 muka surat penuh Himpunan Bersih Duduk Bantah 3.0 pada 28 April lalu.

Dengan tajuk muka depan ‘Rakyat bangun melawan’, SK memberi gambaran sebenar lebih 300,000 rakyat bangkit menentang penindasan dan penipuan Umno BN sekaligus menjadikan ia demontrasi terbesar dalam sejarah negara.

Selain laporan dalam negara, dilaporkan juga perhimpunan Bersih di 85 bandaraya di seluruh negara antaranya di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Rusia dan Kanada. Lebih menarik, bendera Bersih dipacak di puncak Gunung Everest oleh dua pendaki sebagai tanda sokongan terhadap Bersih 3.0.

Suasana perhimpunan dan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan himpunan turut dilaporkan. Ia sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan rakyat untuk mendapat hak dalam sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Keganasan dan provokasi polis ketika mengendali perhimpunan pula boleh dilihat pada halaman 16 dan 17. Beratus-ratus peserta menjadi mangsa keganasan polis tidak terkecuali peguam, wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Selain itu, SK menceritakan kisah sebenar mengapa demonstran bertindak menterbalikkan kereta polis dalam kejadian berhampiran Sogo. Petugas media turut tampil mendedahkan kekejaman polis dan menafikan laporan media pro Umno BN mengenai Bersih 3.0.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Azmin Ali turut memberi penjelasan mengenai tuduhan media BN kononnya beliau menjadi dalang menghasut peserta supaya membuat huru-hara.

Sambil menempelak keganasan polis yang disifatkan seperti zaman Hitler dan Stalin, Ketua Pembangkang itu turut menegaskan hak rakyat untuk berhimpun dan menuntut pilihan raya bersih.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap keganasan polis dan menjamin hak petugas media.

Pada muka surat 30 pula, lebih mengujakan apabila SK melaporkan pandangan anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir mengenai tindakan kerajaan Najib ke atas Bersih. Menurutnya, tindakan polis menggunakan kawad berduri ditempelak oleh Marina dan disifatkan seperti diguna oleh Zionis di Tel Aviv, Israel.

Paling menarik, Duduk Bantah telah menyatukan pelbagai kaum dan menyatakan sokongan terhadap tuntutan Bersih.

Amaran untuk mengadakan Bersih 4.0 turut dimuatkan jika tuntutan rakyat untuk mendapat pilihan raya bersih dan adil tidak didengari. Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia menggunakan dakwat kekal dan ia hanya satu daripada lapan tuntutan Bersih.

Rangkuman berita, analisis dan ulasan berani politik negara mutakhir ini hanya boleh didapati dari Suara Keadilan.

Bersempena minggu memBERSIHkan negara dari kebobrokan sistem pilihan raya dan politik yang kotor, anda disaran untuk mendapatkan naskhah terbaru ini di pasaran.

Untuk tempahan akhbar, sila hubungi 03-22724045.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s