Gaji minimum RM900 tak relevan – Fuziah

May 1 2012 / Keadilan Daily
(Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 1 Mei: Gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan yang diumumkan kerajaan tidak memadai jika mengambil kira peningkatan kos sara hidup masa kini.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kadar paling relevan adalah RM1,100 seperti dicadangkan Pakatan Rakyat.

“RM900 memang tak cukup. Kita dah buat kira-kira, kadar paling ideal adalah RM1,100. Jumlah ini dipersetujui oleh semua pihak. Ia tidak terlalu membebankan majikan dan cukup untuk menampung kos sara hidup pekerja,” katanya dihubungi Keadilan Daily hari ini.

Beliau mengulas respon terhadap pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan Hari Pekerja.

Kadar gaji minimum itu RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan RM800 atau RM3.85 sejam.

Fuziah berkata, pengumuman Najib itu tidak berdasarkan kajian mendalam terutama ketika rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau.

Katanya, pengumuman itu sama seperti pengumuman skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA) yang tidak berdasarkan kajian mendalam hingga akhirnya kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaannya.

Tambah beliau, pengumuman Najib tidak lebih sekadar retorik politik bertujuan mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

“Sebelum ini tak pernah dibangkitkan mengenai gaji minimum. Apabila Pakatan Rakyat memperkenalkan gaji minimum, Umno BN juga mahu melaksanakannya. Ia kononnya untuk menunjukkan BN adalah juara dalam hal ini,” katanya.

Tahun lalu, Pakatan Rakyat menetapkan RM1,100 gaji minimum pada pembentangan Bajet Alternatif 2012.

Pelaksaan itu akan mengguna pakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada.

Selain itu, tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minimum dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing.

Seiring dengan pengumuman itu, Pakatan Rakyat juga mengumumkan elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Di Selangor pula, Kerajaan Pakatan Rakyat memperkenalkan gaji minimum RM1,500 kepada kakitangan syarikat milik kerajaan negeri sejak awal tahun ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s