Umno bangkrap moral, maruah

 

Dr Mahathir akui Umno sedang ketandusan ahli bijak pandai dan golongan profesional sebagai penerus kepimpinan dan perjuangannya.

PETALING JAYA: Tindakan akhbar Utusan Malaysia menggunakan kaedah fitnah seks ke atas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali adalah gambaran nyata betapa bengkrapnya tahap moral dan maruah organisasi dan parti yang didokongnya – Umno.

Ia juga mengesahkan kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno kini sedang ketandusan ahli bijak pandai dan golongan profesional sebagai penerus kepimpinan dan perjuangannya.

Menurut Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi anutan agensi tersebut yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai penerbitannya.

“Strategi yang sama telahpun digunakan kepada Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri fitnah seksual sejak 1998 lagi, selepas gagal mencari isu lain yang boleh menjatuhkan beliau.

Namun, usaha yang dilakukan untuk memudarkan sinar kepimpinan tokoh ini tetap gagal berterusan kerana rakyat Malaysia nyata lebih bijaksana dalam menilai hakikat dan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, adalah jelas, Umno dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya kepada generasi muda yang masih bersih dan belum mengerti apa-apa apabila fitnah seperti ini disebarkan secara terbuka dan berleluasa.

PKR katanya, berpendirian bahawa dengan melihat data peningkatan pelbagai gejala keruntuhan moral yang begitu ketara sejak dekad mutakhir ini – seperti zina, gay, lesbian, pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah – nyata sekali ia adalah kesan buruk dari gejala fitnah seksual yang diamalkan ini.

“Hakikatnya, Umno dan Utusan telah melakukan satu jenayah besar kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya dalam hal ini dan mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya.

“PKR juga melihat bahawa tindakan akhbar ini adalah manifestasi dari desperado dan tekanan tidak terkawal yang dihadapi Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat melalui Bersih 3.0 dan letusan isu rasuah RM3 bilion dalam isu pembelian scorpene yang sedang hangat diperkatakan rakyat sekarang ini,” ujar Muhammad Manuty.

Media Umno aibkan sesama Melayu-Islam

Sementara itu, exco negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan yang berasingan turut mengecam akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan gambar lucah adegan seks di muka hadapan semalam yang mengaitkan Azmin dengan seorang wanita.

Beliau berkata, tindakan ini sungguh tidak bermoral yang datang dari sebuah media arus perdana di negara ini.

“TV3 pula tanpa segan silu memutarkan fitnah melalui Ummi Hafilda untuk terus menerus mengaibkan Azmin tanpa sedikitpun merasa bersalah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas itu.

Ujar beliau, “inilah dia organisasi media yang kononnya milik orang Melayu yang beragama Islam tetapi sebaliknya ianya sanggup diperkudakan sebegitu rendah martabatnya untuk mengaibkan seorang Melayu-Islam yang lain.

“Kita berpendapat bahawa media propaganda Umno ini tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi lidah rasmi bagi orang Melayu secara keseluruhannya kerana tindak tanduknya jelas memperlihatkan kecenderungannya mengiakan segala perintah dan suruhan tuan-tuan Umno mereka.

“Sejarah negara telah menunjukkan bahawa pemimpin Umno silih berganti semenjak zaman Dr Mahathir Mohamad hinggalah ke zaman

Datuk Seri Najib Tun Razak, memperalatkan media yang sama untuk menjaja cerita-cerita seks bagi menjatuhkan lawan politik mereka,” kata Dr Xavier.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s