Bersediakah Najib lepas jawatan seperti Sarkozy?

 

Dalam pilihan raya presiden Perancis Ahad lalu, penyandang Sarkozy mengaku tewas beberapa minit sahaja selepas keputusan pilihan raya itu ditutup.

PETALING JAYA: “Bersediakan Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri seperti mana Nicolas Sarkozy yang mengaku tewas dalam pilihan raya presiden negara itu Ahad lalu?,” soal Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu dalam blognya hari ini juga menyoal sama ada Perdana Menteri bersedia mengotakan kata-katanya untuk menjadi Malaysia “sebagai sebuah negara demokrasi yang terbaik di dunia” dan menerima kekalahan secara gentleman seperti Sarkozy.

Dalam pilihan raya presiden Perancis Ahad lalu, penyandang Sarkozy mengaku tewas dan menerima kekalahan itu beberapa minit sahaja selepas keputusan pilihan raya itu ditutup.

Menurut Lim, Sarkozy menelefon calon sosialis Francois Hollande untuk mengucapkan “selamat maju jaya” sebagai presiden baru negara itu.

Ujar beliau, “persoalan segera yang terlintas di pemikiran rakyat Malaysia ialah sama ada Perdana Menteri kita, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara “demokrasi terbaik di dunia” sanggup mengaku kalah seperti Sarkozy jika inilah yang dikehendakki oleh para pengundi pada pilihan raya umum akan datang (PRU13).

“Atau pun Najib mahu mempertahankan ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno dua tahun lalu apabila beliau menggunakan bahasa

“biar tulang berkecai, nyawa melayang” untuk Umno mempertahankan kuasa politik mereka di Putrajaya?”

Katanya, adalah sesuatu yang jelek apabila Najib membuat kenyataan yang liar, tidak bertanggungjawab dan tuduhan yang tidak berasas bahawa perhimpunan Bersih 3.0 “Bantah Duduk” di Dataran Merdeka pada 28 April lalu adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk mengguling kerajaan.

“Najib semakin gelabah apabila mempercayai bahawa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mahu mengguling kerajaan pimpinannya,” tegas Lim.

Beliau berkata, walaupun ratusan ribu rakyat hadir pada perhimpunan Bersih pada hari itu dan bersatu dalam menuntut pilihan raya yang bersih, kebanyakan mereka hanya membawa garam dan botol air bagi mempertahankan diri dari serangan pasukan polis yang menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

“Najib bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentang pendiriannya jika pengundi PRU13 memilih untuk menukar kerajaan di Putrajaya.

“Najib juga mesti menyatakan pendiriannya sama ada beliau sanggup menerima keputusan pilihan raya seperti Sarkozy atau tetap berpegang kepada kata-kata “biar tulang berkecai, nyawa melayang” untuk mempertahankan kuasa Umno di Putrajaya dengan apa cara sekali pun?,” soal Lim lagi.

FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s