Durian runtuh: Berapa Isa dapat ‘lombong emas’

 

KUALA LUMPUR : Selepas mengumumkan ‘durian runtuh’ kepada peneroka Felda, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengisytiharkan berapa ‘lombong emas’ yang diperolehi Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) mencabar Najib Tun Razak mengiytiharkan berapa banyak yang diperolehi oleh beberapa individu yang terlibat dalam merencanakan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di bursa saham.

“Rakyat hanya mendapat durian runtuh, pada hakikatnya kroni-kroni yang terlibat seperti Isa Samad mendapat lombong emas dari FGVH ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, jika Najib mengisytiharkan berapa ‘lombong emas’ yang diperolehi individu terbabit barulah rakyat boleh membuat perbandingan.

“Barulah peneroka boleh bandingkan dengan apa yang mereka perolehi dari durian runtuh dengan lombong emas yang diperolehi oleh individu terbabit,” katanya.

Justeru, katanya, pengumuman itu satu isyarat jelas bahawa pilihan raya umum semakin hampir.

“Saya tidak menolak mungkin dalam beberapa hari lagi parlimen akan dibubarkan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat, masing-masing RM5,000.

Najib turut mengumumkan kejutan dua setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda.

Salmiyah Harun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s