PRU Ke-13 mungkin kotor dan ganas – Baharuddin Mokhsen

KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sibu baru-baru ini telah mengadakan Protes anti-Anwar Ibrahim dan telah menggusarkan PKR Sarawak, yang melihat ianya sebagai petunjuk kepada pendekatan budaya “ganas” dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Menurut Ketua Pilihan Raya Negeri En Baharuddin Mokshen, “banyak pengumuman yang dibuat oleh pemimpin di peringkat persekutuan menjurus kepada budaya ganas ini”.

“Kami bimbang pilihan raya umum kali ini bukan sahaja akan menjadi kotor akibat penipuan tetapi ganas juga,” katanya.

Baharuddin mengulas tentang protes luar biasa yang dilakukan pada hari Ahad lepas oleh sekumpulan 150 orang ahli Pemuda PBB dari 10 Cawangan Zon Pusat terhadap lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penunjuk perasaan itu membawa plakad yang mengandungi slogan-slogan provokatif untuk menyampaikan mesej mereka.

Ketua Pemuda PBB Cawangan Tamin Sdr Michael Mew berkata lawatan Anwar ke negeri ini adalah untuk menyemai kebencian dan bukannya untuk melindungi kepentingan rakyat.

“Orang-orang di Sarawak telah lama hidup dalam persekitaran yang aman dan makmur.”

“Bagaimanapun, sejak kehadiran Anwar dan ideologi politiknya, keharmonian hidup masyarakat di merata tempat termasuk di kampung-kampung telah tergugat.

“Pihak berkuasa perlu menyekat kemasukkan orang-orang seperti Anwar daripada masuk ke negeri ini,” kata Sdr Michael Mew.

PKR menyelar bantahan.

Baharuddin berkata, PKR ingin menegaskan bahawa kami menyelar aktiviti bantahan sebegini.

“Kami juga telah diminta oleh ahli-ahli dari akar umbi untuk menaikkan plakad yang mengandungi slogan-slogan seperti [Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud adalah ‘zalim’ [kejam], merompak hak tanah adat (NCR) dan sebagainya. Tetapi dimana kesudahannya?
“Kami bimbang bantahan sebegini bila dicampur dengan komen-komen negatif yang acapkali dibuat oleh pemimpin-pemimpin persekutuan akan membawa kepada bukan sahaja pilihan raya yang kotor, malah ganas”.

“Saya berharap bantahan Pemuda PBB ini adalah merupakan satu isu terpencil dan tidak melambangkan pendirian kepimpinan BN Sarawak”.

“Tidak seperti tunjuk perasaan Bersih yang bersifat ‘umum’, tunjuk perasaan Pemuda PBB ini secara specifik ditujukan kepada seorang individu bernama Anwar Ibrahim,” kata Baharuddin.

Beliau menafikan tohmahan yang mengatakan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak adalah untuk menimbulkan masalah.

“Jangan hina kematangan rakyat berfikir. Biar rakyat yang membuat keputusan tentang siapa yang berkata benar diantara “Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim[Ketua Umum PKR] atau Baru Bian [Pengerusi PKR Sarawak]”.

“Anda tidak berhak membuat keputusan untuk rakyat. Ini bukan senario politik 30 tahun lepas dimana wakil rakyat adalah towkay, “katanya.

Baharuddin berkata, “percubaan untuk menghalang Datuk Seri Anwar daripada masuk ke Sarawak adalah bersifat kebudak-budakkan dan merupakan satu penghinaan kepada demokrasi.”

‘BN takut dan terdesak’

Mengenai kenyataan yang dibuat oleh tiga bekas Ketua Polis Negara (KPN) bahawa protes Bersih telah dipengaruhi oleh agenda komunis, Baharuddin berkata: “Ini tahun 2012 pertuduhan begitu sama sekali tidak masuk akal.

“IGP mungkin hidup pada zaman batu. Bagi saya budaya komunisme sudah lama berkubur. Mungkin hanya wujud di Cuba. ”

Beliau melihat kenyataan tiga bekas KPN itu sebagai satu helah untuk “menimbulkan perasaan takut” dikalangan rakyat kerana BN berada didalam keadaan “ketakutan dan terdesak” sekarang.

“Mereka ketakutan kerana ketandusan isu. Mereka telah membuat terlalu banyak janji sehingga tidak dapat dipenuhi”.

“Kini mereka beralih kepada isu-isu remeh temeh yang lain termasuk menggunakan ugutan dan gertakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada ahli-ahli BN bahawa setiap tindakan akan pasti berhadapan dengan tindak balas.

“Tetapi pada masa ini, kami dinasihatkan supaya tidak bertindak balas terhadap protes tersebut,” katanya.

PisauKarat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s