242,000 rakyat muflis bukti ekonomi negara dalam krisis

 

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, jumlah 241,740 orang muflis di Malaysia perlu dipandang serius kerana majoritinya melibatkan golongan muda.

“Jumlah orang yang muflis sebahagian besar terdiri dari mereka yang berumur produktif.

“Kebanyakan mereka muflis akibat kegagalan membayar pinjaman perumahan dan kereta. Ini sangat membimbangkan,” kata William pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan ketika menjawab soalan William menyatakan, jumlah terbesar orang muflis berumur 35 hingga 44 tahun membabitkan seramai 37,493, diikuti 30,910 (45-54 tahun), 21,353 (25-34 tahun) dan 14,379 (55 ke atas).

Manakala rakyat Malaysia di bawah umur 25 pula seramai 1,617 orang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kelompok besar penghutang pinjaman perumahan yang muflis berjumlah 14,327 membuktikan ekonomi negara dalam krisis.

“Angka ini menunjukkan sebelum sesebuah negara muflis, rakyatnya terlebih dahulu muflis. Kita tak tahu sama ada kelompok ini mempunyai tempat tinggal.

“Ini kerana mereka tak mampu membayar pinjaman perumahan, sedangkan tempat tinggal adalah perkara yang wajib disediakan kerajaan,” katanya.

Azan merujuk kes seorang pemuda dari Perlis, Rohizan Muza yang diisytihar muflis pada 11 Januari 2001 dan dikehendaki membayarr ansuran bulanan sebanyak RM50 mulai November 2002.

Bagaimanapun, Rohizan gagal mematuhi perintah tersebut dan dipenjarakan selama sebulan.

“Macam mana orang ini mahu bayar? Bukankah dia tidak mempunyai wang.

“Apa tujuan pelaksanaan undang-undang ini? Kenapa kerajaan begitu kejam?” soal Azan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31609

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s