Adakah kita akan menyaksikan peurbahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang?

PRU ke-12 pada 2008 telah menghasilkan keputusan yang mengejutkan untuk Barisan Nasional. BN memperolehi 49 peratus undi popular di Semenanjung manakala pembangkang mendapat 51 peratus.

Secara keseluruhannya, apabila dicampur dengan undi di Sabah dan Sarawak, jumlahnya bertukar kepada BN mendapat 51 peratus manakala pembangkang 49 peratus.

Dari segi kedudukan kerusi, pada 8 Mac 2008, BN memperolehi 85 kerusi di Semenanjung manakala pembangkang 80 kerusi.

Pembangkang hanya mendapat satu kerusi (Bandar Kuching) daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan satu (Kota Kinabalu) daripada 25 kerusi di Sabah. Di Semenanjung, pembangkang menang satu (Bakri) daripada 26 kerusi Parlimen di Johor dan dua (Kuantan dan Indera Mahkota) daripada 13 kerusi Parlimen di Pahang.

Empat negeri “simpanan undi tetap” BN ini mempunyai sejumlah 95 kerusi Parlimen. Perubahan akan hanya berlaku jika Pakatan Rakyat menang satu pertiga daripada kesemua jumlah kerusi di Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.

Selain isu-isu ekonomi seperti inflasi dan kemerosotan nilai pendapatan keluarga, PRU ke-13 akan datang juga akan berkait rapat dengan faktor-faktor berikut:

Undi Melayu yang sensitif kepada isu-isu korupsi, salah guna kuasa dan taktik membuli lawan politik (seperti kes Anwar Ibrahim, Adam Adli dan lain-lain).
Sekurang-kurangnya dua “bank undi” tradisi UMNO – Felda dan perkhidmatan awam – sedang dalam krisis kerana pilihan dasar-dasar yang mencurigakan (seperti penyenaraian Felda FGV dan sistem saraan baru perkhidmatan awam).

Sokongan kaum India kepada BN tidak sekukuh yang disangkakan sebelum ini. Ada perbezaan di kalangan kaum India seperti kedudukan geografi Utara-Selatan (Pakatan Rakyat tidak begitu kuat di selatan Semenanjung), bandar-estet (akses untuk maklumat alternatif agak terhad untuk penduduk estet), kelas menengah-golongan miskin (golongan miskin lebih menyokong BN, walau apa pun sebabnya).

Sokongan kaum Cina kepada BN yang terhakis pada 2008 semakin merosot, khususnya kerana tindak-tanduk Perkasa dan Utusan Malaysia.

Dalam keghairahan Perkasa dan Utusan untuk membangkitkan semangat ketuanan Melayu, ia telah menimbulkan kemarahan “pengundi simpanan tetap” BN di Sabah dan Sarawak – kaum Bumiputra bukan Islam yang merasakan diri terpinggir.

UMNO Sabah sebagai penentu perubahan politik. UMNO hanya menang 79 daripada 112 kerusi Parlimen yang ditandinginya dalam PRU 2008. Daripada jumlah itu, 13 kerusi hasil kemenangan UMNO Sabah dan satu dari Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi, UMNO hanya menang 65 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud sebagai penentu perubahan politik. Najib Razak dikatakan tidak suka kepada Taib. Jika Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa sebelum PRU akan datang, Taib yang menang 14 kerusi Parlimen melalui partinya Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dalam PRU lalu dijangka terus mengekalkan kemenangan. Jadi Taib dapat menentukan imbangan politik selepas PRU ke-13.

Biarlah dijelaskan di sini bahawa BN dengan segala kuasa yang ada mempunyai kelebihan sebagai penyandang. Lagi pun, pilihan raya di Malaysia tidak pernah diadakan secara bersih dan adil.

Hampir semua pihak dalam BN percaya bahawa pentadbiran Najib yang kaya dengan singkatan nama pelbagai program dan projek telah berjaya memulihkan diri daripada malang tahun 2008. Sesetengah pihak dalam BN yakin kerana kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil tahun lalu.

Ada pula menganggap Najib sebagai Perdana Menteri yang hebat kerana tidak pernah tertidur sewaktu mesyuarat.

Namun, usia pemerintahan yang lama menjadi faktor negatif kepada BN.

Selain negara-negara tidak demokratik seperti regim komunis di China, Vietnam dan Korea Utara, BN (dan Perikatan yang diwarisinya) adalah kerajaan yang paling lama memerintah di dunia.

Advertisements

One comment on “Adakah kita akan menyaksikan peurbahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang?

  1. seluruh pemimpin yg ada dalam parti barisan nasional harus buka mata khususnya pemimpin yg berugama islam nilai apa yg ada di dalam AL-QURAN….jadikan ia sebagai panduan….jng hanya nk jadi pemimpin utk membantu kroni atau periuk nasi sendiri…jadikan rasullullah dn para sahabat sebagai contoh dan tauladan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s