Anwar dibebas bukan sebab teknilal tapi tak cukup bukti – N Surendran

KUALA LUMPUR 9 Julai: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Utusan Malaysia jelas berniat jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jahil dengan hujah hakim apabila mengatakan Ketua Umum KEADILAN itu dibebaskan kerana isu teknikal.

Beliau merujuk laporan akhbar Umno itu semalam yang mengatakan Anwar didapati tidak bersalah hanya kerana masalah teknikal pada bahan bukti.

Katanya, dakwaan Utusan tersebut bertentangan sepenuhnya dan tidak konsisten dengan hujah pembebasan yang diberikan Hakim Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman bertulisnya.

“Dalam kehakiman sebanyak 80 halaman itu, Zabidin merumuskan, beliau tidak dapat mensabitkan Anwar tanpa bukti sokongan lain. Maknanya, bukti yang diberi Saiful Bukhari Azlan tidak cukup untuk sabitkan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Surendran, menurut undang-undang, jika hakim mendapati bukti Saiful meyakinkan, beliau dapat mensabitkan Anwar tanpa bukti sokongan lain.

“Pendek kata, hakim membebaskan Anwar kerana tidak yakin beliau bersalah, bukan kerana soal teknikal (semata-mata),” kata peguam itu lagi.

Tambah beliau, Utusan juga dengan sengaja mengabaikan penemuan penting hakim yang menunjukkan polis memalsukan bukti.

“Hakim mendapati bukti ‘beg plastik P27′ dibuka oleh pegawai penyiasat, menunjukkan pemalsuan bukti ke atas Anwar,” jelasnya.

Justeru, kata Surendran, penemuan hakim membuktikan kes Fitnah II adalah konspirasi politik jahat terhadap Anwar oleh Umno BN dengan kerjasama pihak berkuasa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32466

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s