KES TALAM ADALAH SATU PROSES KUTIPAN HUTANG – Kenyataan Media TS Khalid.

KENYATAAN MEDIA

11JULAI 2012

KES TALAM ADALAH SATU PROSES KUTIPAN HUTANG

Kes Talam merupakan satu proses bagaimana Kerajaan Selangor mengutip hutang sebanyak RM392 juta daripada syarikat Talam Corporation. Malangnya, kejayaan cuba untuk diremehkan dengan mempersoalkan kewibawaannya. Sesetengah pihak telah memberi persepsi seolah usaha ini telah dilakukan dengan tidak professional dan telah merugikan rakyat Selangor.

Saya ingin tegaskan bahawa pengutipan hutang ini adalah hasil usaha Menteri Besar Incorporated (MBI) yang Ahli Lembaga Pengarahnya adalah terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan saya sendiri selaku Pengerusi.

Proses pengutipan hutang ini melibatkan dua peringkat dimana peringkat pertama adalah “debt recognition” atau pengesahan hutang.

Peringkat pertama telahpun selesai dimana Dewan Selangor telah mengiktirafkan hutang tersebut dan MBI telah diberi tugas untuk mengutip hutang tersebut.

Dalam menjalankan tugas mengutip hutang, MBI telah membuat beberapa perjanjian untuk memastikan hutang diselesaikan dengan beberapa cara termasuk pembayaran tunai dan penyerahan harta kepada MBI.

Sebagai sebuah badan professional, MBI telah membuat beberapa usaha bagi memastikan kepentingan kerajaan negeri sentiasa diutamakan. Antara usaha yang dilakukan adalah memastikan Talam menandatangani perjanjian dokumen jaminan nilai aset ( Underwriting assets document) yang diserahkan. Semua asset yang diserahkan oleh Talam hendaklah tidak kurang dari RM392 juta.

Ini bermakna walau apa pun aset yang diserahkan, rakyat negeri Selangor tidak akan mengalami kerugian kerana jaminan nilai aset melalui perjanjian tersebut.

Peringkat kedua pula adalah pelaksanaan perjanjian yang melibatkan proses yang agak rumit dan sukar difahami oleh mereka yang kurang arif. Kerajaan Negeri percaya pegawai yang terlibat telah melaksanakan tugas dengan baik kerana akhirnya kesemua hutang tersebut dapat dikutip semula. Pada masa yang sama, mereka ini telah memastikan setiap transaksi mempunyai dokumen lengkap dengan minit-minit yang direkodkan. Tiada ruang untuk mana-mana pihak mengambil komisyen atau imbuhan daripadanya.

Memandangkan masih ada lagi orang yang mahu memberi tohmahan kepada pegawai kerajaan ini maka MBI telah membuat keputusan untuk menjemput firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa untuk meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang sepenuhnya. Firma ini juga akan menyediakan satu laporan dan analisa secara professional. Usaha ini akan dikelolakan oleh bekas Akauntan Negara, Y Bhg Dato Mohd Salleh Mahmud.

Saya ingin tegaskan, usaha mengutip hutang bukanlah retorik politik. Bukan juga untuk meraih publisiti. Ianya adalah amanah dan tanggung jawab dalam menguruskan sumber kewangan negeri yang akhirnya sumber tersebut harus dipulangkan semula kepada rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s