Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd Dato’ Sri Ahmad Zubair 55 mengaku tidak bersalah

 

KENYATAAN MEDIA SPRM

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB) Hadapi Dua Pertuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB), Dato’ Sri Ahmad Zubair @Ahmad Zubir Murshid, 55 mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dikenakan keatasnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah dana SIme Darby Berhad membabitkan projek pembangunan Tanah Adat Sarawak menyebabkan kerugian melebihi RM100 juta.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan apabila antara 17 November 2008 hingga 28 November 2008 di Pejabat Sime Darby Berhad, Jalan Raja Laut sebagai Presiden dan CEO SDB yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana syarikat tersebut iaitu untuk memperoleh Tanah Hak Adat Bumiputera di bawah ‘Sarawak Upstream Expansion Plan’ (Sarawak Expansion Plan) untuk
tanah di Sarawak.

Tertuduh didakwa memperoleh kelulusan bagi pihak Sime Darby Berhad daripada kerajaan negeri Sarawak bagi tanah Hak Adat Bumiputera yang dimaksudkan terletak di KJD/Lower Julau, Sg. Julau/Sg. Pitoh/Sg. Jiet dan sebahagian Merurun/Meluan/Entabai, Sarikei.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah apabila beliau dengan curangnya sebagai Presiden dan CEO, gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang untuk pengesahan ke atas penganugerahan tanah Hak Adat Bumiputera yang dimaksudkan kepada sebuah syarikat iaitu Vertical Drive Sdn Bhd.

Tertuduh sebaliknya, telah menyebabkan SIme Darby Berhad mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank bernilai RM85,023,047.20 semasa pengambilalihan ke atas Vertical yang telah dianugerahkan tanah Hak Adat Bumiputera.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan apabila antara 17 November 2008 hingga 4 December 2009 di Pejabat Sime Darby Berhad, Jalan Raja Laut sebagai Presiden dan CEO Sime Darby Berhad yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana syarikat tersebut iaitu untuk memperoleh Tanah Hak Adat Bumiputera di bawah
‘Sarawak Upstream Expansion Plan’ (Sarawak Expansion Plan) untuk tanah di Sarawak.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera di muara sungai Btg. Rejang/Btg. Baleh, Kapi dan separuh daripada kawasan timur Merurun/Meluan/Entabai, Julau apabila beliau dengan curangnya sebagai presiden dan CEO, gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang untuk pengesahan ke atas penganugerahan tanah HAB yang dimaksudkan kepada sebuah syarikat iaitu Nature Ambience Sdn Bhd.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s