Jika menang, Pakatan umum segera tarikh PRU14

 

Muhammad Yusri Amin,

KOTA BHARU: Pakatan Rakyat (PR) Insya Allah akan menetapkan terus tarikh pilihan raya umum ke 14 jika menang dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, walau pun pimpinan belum lagi membuat keputusan muktamad, namun jika PR menjadi kerajaan (mentadbir negara Malaysia), antara benda yang diberi perhatian utama ialah menetapkan tarikh pilihan raya umum selepas itu.

“Jika PR menang sebagai sebuah kerajaan di peringkat persekutuan dan peringkat negeri, insya Allah PR akan mengisytiharkan segera tarikh pilihan raya umum berikutnya.

“Kerajaan PR gentleman dan kita menjadi satu kerajaan yang berperlembagaan, constitutional government,” kata Takiyudin yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini petang semalam.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa dalam tempoh pemerintahan PR nanti, insya Allah, akan diisytiharkan tempoh tarikh pilihan raya umum seterusnya.

“Maknanya, dalam tempoh itu sama ada akhir lima tahun atau empat tahun atau empat tahun setengah sekurang-kurangnya, kita boleh beri tempoh.

“Misalnya, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh enam bulan sebelum berakhir penggal atau sebagainya.

“Bagaimana pun tarikh pilihan raya itu sendiri mesti diisytiharkan awal.

“Ini penting kerana ia memberi keselesaan kepada pelanggan (parti) politik, pengamal demokrasi serta pegawai kerajaan sendiri boleh mengurus dengan selesa kerja-kerja pilihan raya,” jelasnya.

Takiyuddin melahirkan rasa cukup anih, cukup pelik bagi Malaysia sebagai sebuah negara, yang sentiasa merahsiakan tarikh pilihan raya umum.

“Keadaan ini tidak seperti diamalkan negara lain termasuk Indonesia, Thailand atau negara Barat.

“Di negara itu, selepas saja-satu pilihan raya umum, next election mereka sudah pun tahu.

“Inilah yang menjadi satu bantahan PR terhadap sikap pihak berkenaan,” ujarnya.

 

Harakah Daily.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s