TALAM – KENYATAAN MEDIA OLEH WILLIAM LEONG JEE KEEN

 

KENYATAAN MEDIA OLEH WILLIAM LEONG JEE KEEN MENGENAI TUDUHAN MCA BAHAWA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT DARI ISU HUTANG TALAM

19 Julai 2012

 

Ketua Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong telah mengadakan sidang media yang kelimanya semalam, 17 Julai 2012. Siding akhbar tersebut dilakukan untuk meneruskan lagi tuduhan perlakuan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ketika menandatangani Perjanjian Penyelesaian bersama Syarikat Talam dua tahun yang lalu. MCA dalam sidang media yang terbaru ini kini mendakwa Kerajaan Selangor mengelak dari menjawab dakwaan-dakwaan Chua Tee Yong.

KELEMAHAN DALAM HUJAH-HUJAH MCA

MCA dan Datuk Chua Tee Yong seharusnya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menghina kebijaksanaan rakyat. Datuk Chua Tee Yong seharusnya memberhentikan dakwaan-dakwaan palsu mengenai isu ini. Apabila dikaji secara logik, dakwaan-dakwaan palsu ini adalah terlalu nyata untuk tidak mempercayainya. Hujah-hujah palsu selalunya digunapakai oleh mereka yang secara intelek tidak jujur dengan memberikan kesimpulan yang tidak benar yang gagal untuk membuktikan apa-apa, terutamanya apabila penipuan-penipuan tersebut di didedahkan.

KENYATAAN SEPARUH BENAR

Kenyataan separuh benar ialah falasi kekeliruan dengan memberitahu kebenaran tetapi pada masa yang sama, sengaja menyembunyikan butir-butir penting dengan tujuan untuk memalsukan dan menyokong kesimpulan palsu. Falasi kekeliruan pertama dakwaan-dakwaan MCA ialah penggunaan kenyataan separuh benar, di samping sengaja menyembunyikan fakta-fakta penting berikut:

a)      MCA gagal mendedahkan hutang-hutang yang ditanggung oleh Kerajaan BN sewaktu mentadbir Kerajaan Selangor;

b)     Kerajaan Selangor telah bertindak dengan mendapatkan kembali hutang-hutang berjumlah RM392 juta yang dipegang oleh Talam kepada Kumpulan Darul Ehsan, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Yayasan Pendidikan Selangor berhubung beberapa pembangunan hartanah yang dilaksana sepanjang 10 tahun yang lalu;

c)      Kerajaan Selangor BN telah membenarkan Talam untuk menanggung hutang-hutang ketika 3 orang wakil MCA merupakan ahli EXCO Selangor;

d)     Kerajaan negeri BN/MCA telah membenarkan syarikat-syarikat GLC negeri dan agensi-agensi berkaitan untuk menandatangani urus-urus niaga yang diragui di mana Talam diberikan tanah sebagai balasan dalam kontrak-kontrak di mana Talam masih belum melaksanakan tanggungjawab mereka;

e)      Kerajaan negeri BN/MCA gagal mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam sehingga Perakaunan Tahunan Talam 2007 tidak menganggap hutang-hutang tersebut sebagai liabiliti kini tetapi sebaliknya sebagai hutang jangka panjang;

f)       Kerajaan negeri BN/MCA gagal, mengabaikan dan/atau enggan untuk mengambil apa-apa tindakan atau tindakan sewajarnya untuk mengutip hutang-hutang:

·         Walaupun selepas Talam telah diisytiharkan sebagai penerbit terjejas mengikut Nota Amalan 17/2005 Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia pada 1 September 2006;

·         Walaupun selepas Talam telah mengumpul hutang sebanyak RM446.53 juta, dan sehingga 31 Julai 2008, mengumpul pinjaman sebanyak RM1.184 bilion di mana RM924.8 juta atau 78.1 peratus daripada pinjaman tersebut tidak dibayar;

·         Walaupun selepas Talam tidak mempunyai keupayaan untuk membayar hutang-hutang terkumpulnya apabila tiba masanya kerana Talam mempunyai hutang dan pemiutang perdagangan lebih daripada RM2 bilion, pada masa yang sama mempunyai penerimaan dan wang tunai kurang daripada RM280 juta;

g)     Hutang-hutang tersebut tidak dicagar dan dalam situasi penggulungan Talam, pemiutang pilihan dan pemiutang bercagar akan diberikan keutamaan sebelum negeri dan lain-lain pemiutang tidak bercagar;

h)     Talam pernah mencadangkan penstrukturan semula untuk menyelesaikan hutang-hutang tak berbayar dengan mengeluarkan pelbagai bentuk saham keutamaan dan pinjaman stok kepada para peminjam yang mengecualikan GLC dan agensi-agensi negeri;

i)       Suruhanjaya Sekuriti dalam surat bertarikh 25 September 2007 menolak Rancangan Rombakan Cadangan Talam; dan

j)        Terdapat pelbagai petisyen difailkan oleh beberapa orang pemiutang untuk menggulungkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Talam.

MCA telah menyembunyikan maklumat-maklumat di atas daripada orang awam dalam sidang media mereka. Ianya terbukti jelas kepada mana-mana pihak yang melakukan pemeriksaan kepada maklumat-maklumat awam seperti pengumuman awam Talam mengenai Perjanjian Penyelesaian tersebut, laporan tahunan Talam dan pekeliling-pekeliling kepada para pemegang saham di mana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak akan mendapat kembali apa-apa wang. Penyelesaian terbaik ialah untuk mengambil kembali 13 bidang tanah kepunyaan Talam.

MENIPU MENGGUNAKAN STATISTIK

Cara hujahan palsu lazim ialah menipu menggunakan statistik. Ianya ialah penggunaan angka dan bilangan untuk “membuktikan” tuntutan-tuntutan tidak berkaitan. MCA telah menipu menggunakan statistik dengan hanya memfokuskan kepada 1 daripada 13 bidang tanah. MCA mendakwa Kerajaan Negeri memberikan nilai berlebihan sebanyak RM181,082,000.00 bagi tanah di Bestari Jaya di mana nilai dipasarannya ialah RM139,090,000.00. Namun begitu, MCA gagal dalam memahami fakta bahawa Menteri Besar dan Kerajaan Selangor telah mendapatkan kembali 13 bidang tanah yang biarpun nilai pasarannya ialah RM685,230,000.00, tetapi dinilai pada RM676,094,000.00 sebagai balasan.

Walau apa-apa pun, MCA tidak mengemukakan dokumen sama yang mendedahkan nilai pasaran dan balasan nilai tanah di Bestari Jaya, di mana nilai bukunya ialah RM215,128,000.00. Oleh itu, Talam telah mengalami kerugian nilai buku sebanyak RM34,046,000.00. Dakwaan MCA bahawa Talam mempunyai kemampuan untuk berunding “urus janji” adalah suatu dakwaan tidak berasas.

MEMAINKAN EMOSI

Memainkan emosi ialah suatu falasi kekeliruan klasik dengan mengabaikan fakta dan menggunakan emosi semata-mata. MCA mendakwa “bebas hutang” Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kini dibeban dengan hutang bernilai sebanyak RM230 juta kerana membeli aset-aset Talam, menaikkan emosi sementara mengabaikan fakta bahawa ianya dibawah pentadbiran BN/MCA, GLC-GLC dan agensi-agensi Selangor mula dibeban dengan masalah RM392 juta tersebut.

TANGAN BERSIH

Ini ialah prinsip terkenal “dia yang datang ke ekuiti, hendaklah datang dengan tangan bersih”. MCA dikecualikan dari mempersoalkan usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam tanpa MCA diri sendiri mengambil sebarang tindakan ke atas ahli-ahli EXCO mereka yang membenarkan hutang-hutang tersebut terkumpul dan akhirnya gagal, enggan dan/atau mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan kembali hutang-hutang tersebut.

PENIPUAN BESAR

Teknik penipuan besar ini ialah falasi kekeliruan moden dengan mengulang kembali berulang kali penipuan atau penipuan separuh, terutamanya dalam media, sehingga orang awam mempercayainya tanpa memerlukan sebarang bukti. MCA dalam mengulang dakwaan-dakwaan terhadap Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dalam lima sidang media selepas penjelasan telah diberikan oleh Menteri Besar dan lain-lain sedang mempraktiskan kata-kata Joseph Goebbels:

“Jika sesorang memberitahu sebarang penipuan besar dan terus mengulanginya, rakyat akan kelama-lamaan mempercayainya. Penipuan tersebut hanya dapat dikekalkan pada jangka masa yang tertentu kerana Pentadbir Negara mempunyai keupayaan untuk melindungi rakyat dari akibat politik, ekonomi dan/atau tentera penipuan tersebut. Lantas, ia menjadi amat kritikal untuk Pentadbir Negara untuk menggunakan segala kuasanya untuk mengekang sebarang percanggahan pendapat, kerana kebenaran ialah musuh utama penipuan, dan seterusnya, kebenaran menjadi musuh terbesar Negara.”

Ia juga merupakan suatu kebiasaan falasi kekeliruan yang menimpa sesiapa yang mempercayai penipuan tersebut perlu untuk meneruskan kepercayaan songsang mereka selepas didedahkan kepada mereka kepercayaan songsang tersebut merupakan suatu kesilapan. Ini adalah kerana ketakutan mereka bahawa dengan mengakui kesilapan mereka, akan berlakunya akibat yang tidak dapat dibayangkan ke atas ketua negara.

Falasi kekeliruan menggunakan teknik “penipuan besar” dan doktrine Goebbel telah didedahkan pada 19 November 1863 di suatu majlis dedikasi di sebuah tanah perkuburan tentera di Gettysburg, dengan pepatah “seseorang tidak boleh menipu kesemua orang pada semua masa”.

KEJUJURAN INTELEKTUAL

Ia adalah sukar untuk mencari lagi sebuah penghujahan intelektual yang tidak jujur walaupun dalam keadaan politik kini daripada pendakwaan berterusan MCA terhadap Pakatan Rakyat dalam mendapatkan kembali hutang Talam dengan harapan sia-sia untuk menarik sokongan politik di Selangor. Episod ini ialah sebuah petunjuk jelas bahawa MCA tidak berminat untuk berbicara secara jujur dengan rakyat Malaysia. Jika MCA jujur dalam membantu rakyat negeri Selangor, maka mereka seharusnya membantu dalam menukarkan 13 bidang tanah Talam kepada bentuk tunai untuk kepentingan rakyat.

Terdapat masa dan situasi di mana ahli politik seharusnya berhenti berusaha untuk meraih mata murah politik dan bertindak demi kepentingan rakyat. Kehilangan aset-aset Negeri Selangor dan kesulitan yang dihadapi untuk mendapat kembali hutang Talam ialah contoh sebuah peristiwa tragis.

Jika MCA masih ingin meneruskan lagi dakwaan-dakwaan ini, ianya terpulang kepada rakyat untuk menghakimi pihak mana yang sibuk bermain permainan politk kotor dan pihak mana yang bekerja dalam senyap dalam usaha serius mendapatkan kembali hutang bernilai RM392 juta.

 

William Leong Jee Keen

Ahli Parlimen Selayang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s