Dr M perlu ingat, kerbau sudah tidak berapa banyak lagi sekarang

 Dr M perlu ingat, kerbau sudah tidak berapa banyak lagi sekarangDr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional mampu memperolehi kemenangan majoriti 2/3 dengan beberapa syarat. Di antara syaratnya ialah ahli-ahli Umno tidak mensabotaj calon-calon Umno sendiri.

Setiap ahli Umno mesti memberikan sokongan seratus peratus kepada calon Umno dan BN untuk membentuk kerajaan dan jika calon-calon BN di sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri BN mungkin menghadapi kekalahan.

Kenyataan Dr Mahathir itu adalah satu kenyataan yang benar. Bagi pihak Pakatan pun serupa. Jika semua rakyat menerima calon Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti bukan setakat 2/3 tetapi mungkin lebih dari itu.

Maksud saya itu ialah, syarat-syarat yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu merupakan perkara yang “obvious” dan itu bukanlah formula yang baru. Umno sememangnya menghadapi masalah sabotaj itu sejak beberapa lama dahulu dan telah mengalami banyak kekalahan di banyak tempat.

Semasa Dr Mahathir sabotaj Umno pada pilihanraya 2008 dahulu banyak kerusi Umno telah tertewas. Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin Umno yang berpengalaman dalam melakukan sabotaj kepada parti yang beliau tubuhkan sendiri dengan keluar dari parti itu dalam waktu pilihanraya sudah hampir pada 2008 dahulu.

Tetapi jika ahli-ahli Umno sabotaj calon Umno dalam pilihanraya yang akan datang, itu merupakan tindakan ulangan yang mereka telah lakukan pada 2008 dahulu. Di ketuai oleh Dr Mahathir sendiri, seramai 1.5 juta ahli-ahli Umno telah melakukan sobotaj terhadap calon-calon Umno dan BN dengan mengundi calon-calon pembangkang. Mengundi calon-calon pembangkang kali ini sudah menjadi biasa kerana mereka sudah terbiasa melakukannya.

Dr Mahathir tidak boleh marah jika ahli-ahli Umno mengundi pembangkang kerana beliau sendiri telah mensabotaj Umno dan BN dalam pilihanraya yang lalu dengan menolak BN dan Umno.

Ahli-ahli Umno ada dua pilihan: samada untuk mendengar nasihatnya pada tahun 2008 dahulu atau menerima nasihatnya yang sekarang.

Kita mesti ingat Dr Mahathir adalah jenis pemimpin yang berubah mengikut musim pilihanraya. Kalau hendak mendengar nasihat beliau pada tahun 2008 dahulu, ahli-ahli Umno sepatutnya mengundi pembangkang. Kalau kita dengar nasihat beliau yang sekarang untuk mengundi Umno nanti kita akan di arah pula mengundi parti pembangkang pula pada PRU ke14 nanti.

Jadi kita akan jadi pusing kepala jika mendengar nasihat Mahathir yang tidak konsisten setiap PRU sampai. Sekejap meminta ahli-ahli Umno mengundi pembangkang, sekejap meminta mereka mengundi BN pula. Itulah dia Dr Mahathir yang menjadi pujaan mereka yang tidak mengenali beliau.

Dr Mahathir sememangnya suka kepada mereka yang tidak ada pemikiran supaya beliau boleh mengarahkan sesiapa kemana-mana yang beliau suka. Dr Mahathir memang suka jika orang ramai mengikut beliau seperti kerbau yang di cucuk hidungnya.

Saya pernah menulis cerita bagaimana seekor kerbau itu boleh berfikir dan tidak mudah untuk di tarik sesuka hati tuannya. Sekitar tahun 1964 saya masih dalam darjah enam sekolah rendah jenis kebangsaan (Inggeris). Ibu saya meminta saya membawa seekor kerbau belaannya dengan menariknya dari sawah masuk ke dalam kawasan yang berpagar rumah saya. Itu tugas saya setiap petang.

Pada pukul 6 petang setiap hari, saya akan menarik kerbau yang sudah di cucuk hidungnya itu dengan tali yang agak besar (tali dendan) yang diikat kepada kelikir rotan yang telah di cucukan kepada hidung kerbau itu. Saya tidak ada masalah menarik kerbau tersebut malahan haiwan itu akan mengikut sahaja di belakang dan tali yang di ikat di hidungnya itu kendur sahaja.

Sampai sahaja dalam kawasan rumah kerbau tersebut akan di tambat di belakang rumah dan selalunya saya akan memasang unggun api yang kecil untuk memanaskan badan kerbau tersebut. Setiap hari saya melalui jalan yang sama dan tidak mempunyai masalah kerana kerbau itu hanya mengikut sahaja.

Tetapi apabila saya menariknya sambil mengikut jalan dan lorong yang lain kerbau saya tidak mahu mengikut. Dia akan berhenti dan saya tidak berdaya menariknya. Saya terpaksa membawanya kembali dengan menggunakan jalan yang biasa atau lorong-lorong yang dia selesa.

Moral kepada cerita pengalaman saya ini amat mudah di fahami. Kerbau itu seekor haiwan yang tidak berakal, tidak seperti kita manusia. Tetapi tidak semua kehendak peribadi saya di turutinya.

Maka persoalannya kenapa seekor haiwan boleh menentukan kehendak yang asas baginya sedangkan kita manusia diminta mengikut sahaja kehendak yang memimpin kita tanpa soal jawab?

Sememangnya ahli-ahli Umno, lebih-lebih lagi mahukan calon yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Tetapi oleh kerana rakyat keseluruhannya termasuk ahli-ahli Umno sendiri mempunyai persepsi yang buruk terhadap kepimpinan mereka sendiri, maka siapa sahaja yang di turunkan oleh Najib Razak dan partinya itu akan dipersoalkan oleh rakyat ramai yang mengundi.

Bagi saya Umno akan menghadapi perpecahan yang sangat ketara sebaik sahaja calon-calon mereka di umumkan. Dalam keadaan yang tidak seteruk sekarang semasa PRU ke12 dahulu pun seramai 1.5 juta ahli-ahli Umno mengundi pembangkang, apatah lagi yang akan berlaku dalam situasi sekarang yang lebih teruk dari masa pentadbiran “the sleeping PM, Abdullah Badawi” dahulu?

Ahli-ahli Umno yang bertemu dengan saya hampir setiap hari pun sudah mula sedar yang kepimpinan hari ini adalah mereka yang sudah menjadi “reject items” kerana mereka tidak mahu lagi kepimpinan mereka menganggap mereka itu seperti dalam cerita kerbau tadi.

Kerbau pun tidak mahu mengikut kehendak tuannya sendiri, apatah lagi manusia yang dianugerah Tuhan dengan akal fikiran untuk berfikir baik buruknya keputusan dan tindakan kita.

— aspanaliasnet.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s