Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S’wak & P Pinang mahukan ‘KEMERDEKAAN

Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S'wak & P Pinang mahukan 'KEMERDEKAAN' Semasa Perang Dingin berakhir, ia menyaksikan keretakan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) dan bagaimana negeri-negeri di Rusia mula mendapat autonomi dan kebebasan yang mungkin boleh dicontohi di Malaysia dalam masa yang terdekat.

Perubahan merupakan sesuatu yang pasti dalam kehidupan dan di Malaysia yang sudah berusia 55 tahun, perubahan dan transformasi dijangka berlaku sejajar dengan trend global.

Manakala penghijarahan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) kepada parti pembangkang nampaknya berlaku seperti yang diramal dan dijangka di Sabah, dan sudah semestinya, perubahan yang sama bakal berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, ini adalah satu contoh kepada apa yang mungkin akan berlaku.

Ini adalah spekulasi yang berat, berdasarkan petunjuk semasa dan masa depan politik, bahawa ketiga-tiga negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan memilih untuk mengikut haluan mereka sendiri seperti Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Perpisahan sentiasa bermain dalam fikiran

Perlu juga dinyatakan bahawa perpisahan sentiasa bermain di minda rakyat Sabah dan Sarawak sejak hari pertama mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September, 1963 atau yang dikenali lebih sebagai Hari Malaysia.

Di bawah Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di antara Great Britain dan Persekutuan Tanah Melayu, British menggubal Akta untuk melepaskan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Ini adalah satu perjanjian yang ditandatangani di London pada 9 Julai, 1963.

Tetapi, perselisihan yang semakin memuncak dan perbalahan di antara Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia Timur telah menjadi tegang sejak Mahathir Mohammad melepaskan jawatan dan berakhirnya pemerintahan autokratik di Malaysia. Antara sebab utama untuk perkembangan ini adalah selepas zaman Mahathir, rakyat Sabah telah menjadi lebih bijak dan arif dalam hal politik.

Si licik Mahathir telah memastikan bahawa negeri-negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak berada di bawah cengkamannya dan sumber yang banyak di negeri-negeri ini seperti kayu, mineral dan minyak dan gas menjadi lombong emas bagi Semenanjung Malaysia.

Namun, banyak perkara telah mula menyimpang jauh. dari penduduk Sabah dan Sarawak menunjukkan tanda-tanda yang mereka semakin tidak mahu bertolerasi lagi dan mula melepaskan kemarahan pada “orang Semenanjung” (orang-orang dari semenanjung) kerana merampas hasil ekonomi yang merupakan hak mereka.

Masalah rakyat Sabah

Selain daripada itu, rakyat Sabah terpaksa berhadapan dengan kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina yang telah mendarat di pantai mereka dan merebut peluang yang amat terhad di timur Malaysia.

Rakyat Sabah marah melepaskan kemarahan mereka kerana ditekan di tanah air mereka sendiri oleh pendatang Filipina dan mereka juga menyaksikan orang semenanjung Malaysia yang tamak dan semakin rakus dalam mencapai cita-cita mereka.

Dahulu orang Sabah agak bijak juga kerana telah membuat Perjanjian yang memuatkan 20 perkara sebelum bekerjasama dengan Persekutuan Tanah Melayu, 20 perkara tersebut telah dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Malaysia dan menjadi sebahagian daripada perlembagaan Malaysia. Malangnya, ada beberapa perkara lain di antara dua puluh itu yang tidak dimasukkan.

Harus diakui bahawa perkara lain ini telah diserap, tetapi hanya dalam beberapa peringkat dan bentuk, terdapat beberapa yang lain dipersetujui secara lisan dan ini telah menjadi tumpuan kebanyakkan hujah dan perbahasan di negeri ini.

Rakyat Sabah percaya oleh kerana tidak semua Perjanjian 20 perkara ini termaktub dalam perlembagaan, hak-hak dan keistimewaan mereka telah terhakis selepas beberapa ketika, lebih teruk lagi, ramai diantara rakyat Sabah yang percaya bahawa rakyat semenanjung Malaysia telah menganiaya mereka dengan merompak kekayaan negeri mengikut kehendak dan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Rungutan dan kebencian inilah yang mengukuhkan desakan kepada idea pemisahan pada negeri di bawah bayu itu yang cepat dihidu oleh si licik Mahathir Mohammad yang berusaha mematikan apa jua harapan rakyat Sabah untuk menarik diri daripadaPerjanjian Malaysia seperti Singapura.

Faktor Sarawak

Bagi negeri lain di Malaysia Timur, iaitu Sarawak, terdapat pelbagai bangkangan bagi pembentukan Malaysia dan sebelum proses menandatangani Perjanjian Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold yang merupakan suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan British untuk menilai dan menentukan jika rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, berdasarkan dekolonisasi yang sedang dijalankan, bersetuju dan menyokong cadangan untuk mewujudkan Malaysia, mendapati pelbagai penemuan.

Dalam kajian berikutnya dan banci yang dijalankan, satu pertiga daripada penduduk Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak bersetuju penuh untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Satu pertiga lagi daripada penduduk mahu mempunyai terma dan syarat menjadi rujukan sebelum membuat keputusan jika mereka memilih Perjanjian Malaysia. Mereka berpendapat bahawa perlu ada satu kajian yang teliti dan perbincangan kerana ini merupaka satu langkah yang memberi kesan jangka panjang dan mereka mahu mempunyai lebih banyak maklumat dan rundingan.

Populasi satu pertiga yang terakhir penduduk Borneo Utara dan Sarawak pula mahu kekal di bawah pemerintahan British.

Dalam analisis terakhir, Sarawak menyerah dengan mudah kepada Perjanjian Malaysia tetapi akhirnya meminta 18 perkara untuk dimuatkan dalam perjanjian oleh penandatangan Perjanjian.

Sejak kemasukan mereka dalam Perjanjian Malaysia sehingga sekarang, Sarawak telah ditadbir secara kuku besi,oleh pemerintahan bersifat autoritarian oleh beberapa ketua menteri yang konservatif selaras untuk mengawal ketat dan dimanipulasi BN dari kubu kuat Putrajaya mereka.

Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak, seperti juga rakyat Sabah sudah mula berasa muak dan ini telah menyebabkan gelombang sokongan untuk parti pembangkang yang diterajui oleh ketiga-tiga Pakatan Rakyat PKR, PAS dan DAP dan parti-parti politik pembangkang Sarawak.

Di Sarawak, keinginan untuk menarik diri tidak pernah dinyatakan secara terbuka kerana sentimen ini sentiasa dipendam, tidak seperti di Sabah. Kini terdapat perkembangan politik berdasarkan perasaan tidak puas hati yang lebih hebat di Bumi Kenyalang terhadap kerajaan persekutuan yang mungkin akan menyebabkan penduduk di sana memikirkan serta mengkaji semula kedudukan mereka dalam Perjanjian Malaysia.

Apa yang akan berlaku di Pulau Pinang jika k’jaan persekutuan kekal dikawal ekstrimis ketuanan Melayu

Rasa tidak puas hati semakin meningkat pada penduduk Pulau Pinang dan ini dianggap mereka sebagai halangan yang dikenakan ke atas perasaan inginkan kebebasan penduduk Pulau Pinang dan ditambah dengan prestasi cemerlang Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sedikit demi sedikit mula memberi idea rakyat di pulau itu untuk “melakukan apa yang dilakukan oleh Singapura”dan berpisah dari Malaysia.

Kemerdekaan Singapura atas Perjanjian 1965 adalah satu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura yang memberi kemerdekaan kepada Singapura berkuatkuasa pada 7 Ogos 1965.

Perjanjian ini juga memberi persetujuan wilayah negeri dan persekutuan Malaysia bagi memberi kemerdekaan Singapura untuk membentuk sebuah negara yang baru, merdeka dan berdaulat dan ini berkuat kuasa apabila ia memperolehi kemerdekaan selepas berkuat kuasanya Akta Singapura 1966.

Sebab utama penduduk Pulau Pinang mahu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan bebas adalah kerana Pulau Pinang telah maju dan makmur secara mendadak di bawah kepimpinan Guan Eng yang telah menarik perjanjian dan pelaburan asing secara langsung untuk meningkatkan ekonomi negeri.

Jika Pulau Pinang tidak dapat “melakukan tindakan Singapura,” kerana persamaan kedua-dua negeri pulau ini, mereka mungkin ingin mempertimbangkan untuk memilih menjadi Wilayah Autonomi Khas seperti Hong Kong di mana China telah merumuskan pemerintahan “satu negara dua sistem”.

Hakikat bahawa Pulau Pinang mempunyai populasi Cina tertinggi di kalangan penduduk dan hujah mereka bahawa mereka boleh pergi lebih jauh tanpa perlu terikat pada bagasi tidak perlu yang dikenakan oleh Putrajaya menjadi prospek yang sangat cerah bagi mereka untuk mempertimbangkan berpisah dari tanah besar dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, banyak perkara akan bergantung kepada keputusan PRU ke-13 yang akan datang. Jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang mampu untuk mendapatkan lebih banyak undi dari orang Cina, tetapi kerajaan persekutuan kekal di tangan ekstrimis ketuanan Melayu seperti Umno, kemungkinan besar penduduk Pulau Pinang menuntut hak-hak mereka secara aktif dan membawa haluan mereka sendiri mungkin tidak dapat dielakkan lagi.

Malaysia Chronicle

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s