Pelajar kena pecat bukti pindaan Auku gagal

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengkritik Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin yang menyokong keputusan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics untuk memecat seorang pelajar 19 tahun berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara.

AMK kecewa dengan kenyataan Khaled Nordin yang melulu, tidak bertimbang rasa serta tanpa mengambil kira bahawa insiden tersebut masih dalam siasatan polis.

Kenyataan menteri tersebut telah menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja tidak profesional, malah mempunyai prejudis terhadap pelajar tersebut. Sekali lagi kelayakan beliau untuk memimpin Kementerian Pengajian Tinggi telah dipertikaikan.

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi, Cybernetics berperanan untuk memupuk sumber manusia di pelbagai bidang untuk membina pembangunan ekonomi negara.

Semua lapisan rakyat perlu diberi peluang untuk mengikuti pengajian untuk memperolehi ilmu. Dukacitanya Cybernetics telah mengambil sikap kuku besi untuk menekan pelajar yang berbeza pandangan.

Tingkah laku Menteri Pengajian Tinggi dan pihak kolej Cybernetics dalam menangani pelajar 19 tahun tersebut telah menunjukkan bahawa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang dibuat beberapa kali tidak membawa sebarang perubahan yang positif di dalam kampus. Prinsip keadilan serta benefit of doubt masih tidak ditegakkan dalam sistem pengadilan kampus.

AMK berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil sikap terbuka dan rasional dalam menangani tuntutan dan pandangan orang ramai dalam Himpunan ‘Janji Bersih’ pada 30 Ogos.

Walaupun terdapat segelintir kecil peserta Janji Bersih yang berkelakuan berlebihan serta terlalu drastik, namun kerajaan tidak patut berada dalam keadaan ‘syndrome of denial’ atau tidak berupaya untuk insaf.

AMK menyeru kerajaan agar tidak mengambil sikap balas dendam terhadap golongan yang berbeza pendapat. Dalam seminggu yang lepas, pelbagai tindakan penangkapan telah diambil oleh pihak penguatkuasa.

Namun dengan sikap double standard, kredibiliti insititusi penguatkuasaan telah jatuh mendadak.

Oleh itu, AMK mendesak Kementerian Pengajian Tinggi akan mengaji semula keputusan Kolej Cybernetics untuk pecat pelajar tersebut. Pelajar tersebut perlu diberi peluang untuk balik ke kolej dan menamatkan pengajian supaya dapat berkhidmat untuk negara pada masa depan.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35587

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s