PM beri lampu hijau pada samseng?

Saifuddin mahu temu KPN

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu bagi membincangkan aspek keselamatan program KEADILAN.

Beliau berharap pertemuan itu dapat memastikan polis memberi perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini, seterusnya menghenti serangan samseng.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media petang tadi.

Menurutnya, KEADILAN kesal kerana Datuk Seri Najib Razak terus membisu, seolah-olah memberi lampu hijau untuk gejala samseng terus berleluasa.

“Sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini,” kata Adun Seri Setia itu.

Nik Nazmi merujuk kes serangan terhadap bas Merdeka Rakyat yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain, di Kelantan minggu dan Melaka, semalam.

Sebelum itu, katanya taktik samseng digunakan terhadap pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat hingga sebahagiannya melibatkan kecederaan.
Ini termasuk serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai akibat terkena lontaran batu terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan banyak lagi.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=35715

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s