PANAS! Anak Taib Mahmud Bagi Penampar Dan Penumbuk?

20120924-203923.jpg

PANAS! Anak Taib Mahmud Bagi Penampar Dan Penumbuk?

Shahnaz A Majid hari ini membuat pengakuan kepada mahkamah bahawa beliau didera secara fizikal dan emosi oleh bekas suaminya Mahmud Abu Bekir, yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud

Shahnaz, 49, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa insiden itu berlaku di rumah mereka di Sydney, Australia dan Kuching, Sarawak.

“Bulan Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar dan tumbuk.

“Saya tak ingat sebabnya sebab ia bukan sesuatu yang penting, bukan isu besar,” katanya.

Dua tahun selepas itu, ketika pulang ke rumah besar mereka yang “sebesar muzium lama” di Kuching, Shahnaz mendakwa diserang lagi.

Shahnaz merupakan kakak kepada penyanyi jazz terkenal tanah air, Sheila Majid.

Shahnaz menuntut mutaah sebanyak RM100 juga dan harta sepencarian sebanyak RM300 juta.

Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dikecapinya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta itu diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di merata-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di Kuala Lumpur.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB), Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Source – http://jalanpulang1978.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s