Mahasiswa dapat manfaat bila PTPTN dihapus, pendidikan percuma

 

(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 26 September : Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 turut mengambil kira kepentingan golongan mahasiswa dengan menjamin  sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapus manakala pendidikan disedia secara percuma.

Perkara ini juga dinyatakan secara konsisten dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan yakin hutang pinjaman PTPTN yang dianggarkan sejumlah RM30 bilion setakat ini akan dapat diselesaikan dengan kos RM2 bilion setahun selama 20 tahun.

Beliau berkata, Pakatan juga yakin dapat menghapuskan hutang peminjam yang menepati kriteria ditetapkan oleh jawatankuasa khas yang akan dibentuk untuk merombak keseluruhan mekanisme pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia.

“Kriteria itu adalah kombinasi faktor ekonomi berasaskan pendapatan semasa, keputusan akademik dan rekod pembayaran sebelum ini,” jelas Anwar.

Katanya, pendidikan percuma bakal meringankan beban mahasiswa yang menanggung hutang sebelum memasuki alam pekerjaan.

Menurut Anwar, penuntut institusi swasta, akan turut menerima subsidi yuran pengajian.

“Ini akan menambahkan pendapatan boleh guna peminjam dan membolehkan mereka mengutamakan perbelanjaan ke arah meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, model pembiayaan kini tidak mapan dan hanya menunggu masa untuk di’bail out’ kerajaan seperti yang terjadi di negara yang menggunakan model yang serupa.

“Dengan kos sara hidup yang tinggi, kata Anwar lagi, kadar kutipan hutang PTPTN tidak akan meningkat.

“Hutang pelajar yang ditanggung PTPTN akan terus bertambah sehinggalah ia mula mengancam kecairan dan daya maju (viability) kewangan PTPTN,” jelas beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36845

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s