Penduduk Sabah, Sarawak akan dapat Jaringan Lebuhraya Borneo

 

KUALA LUMPUR 28 Sept : Pakatan Rakyat akan menaik taraf rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak sebagai lebuh raya yang dikenali sebagai Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB).

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata JLB memfokus pembinaan jaringan lebuh raya menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah.

Ketua Pembangkang itu berkata, JLB penting untuk pembangunan kedua-dua negeri itu supaya setanding dengan bandar lain di seluruh negara.

“Ketidaksamaan rangkaian jalan raya Malaysia sangat ketara. Ia terbukti apabila setakat 2009, di Semenanjung sudah capai 35,734 kilometer.

“Berbanding di Sabah dan Sarawak, hanya 10,171 kilometer bagi tempoh sama sedangkan hasil minyak dan gas mereka banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaik taraf rangkaian keretapi di Sabah dan Sarawak bagi menilai impaknya kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negeri itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36868

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s