Tubuh Perbadanan untuk bina 100,000 rumah mampu milik

 

KUALA LUMPUR 26 Sept : Pakatan Rakyat akan menubuhkan Perbadanan
Perumahan Negara bertujuan melaksanakan projek perumahan berpatutan, secara besar-besaran di seluruh negara.

Perbadanan itu bertujuan mengambil alih tugas pelbagai agensi persekutuan yang terlibat dengan projek perumahan awam.

Mereka akan membina 100,000 unit rumah dengan harga antara RM130,000 hingga RM300,000 di bandar utama di seluruh negara.

Ia diharap membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana  untuk memiliki hartanah bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000.

Mengikut Laporan Belanjawan Pakatan 2013, penubuhan itu perlu berikutan dua syarikat utama bersaing untuk membangunkan perumahan awam.

Ia ialah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tetapi SPNB tidak efektif dalam menyediakan rumah mampu milik.

Penubuhan PR1MA tidak mencapai objektif kerana ia projek perkongsian swasta yang menjadikan keuntungan sebagai faktor utama.

Bagi mengatasi masalah projek terbengkalai pula, Pakatan akan melaksanakan polisi ‘bina dan jual’ untuk projek kos sederhana rendah bernilai bawah RM300,000 seunit.

Secara beransur-ansur, semua projek itu dibuat dengan dasar ‘bina dan jual’ manakala industri hartanah diberi masa lima tahun untuk melaksanakan polisi berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36855

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s