Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab

 

Jamilah Kamarudin September 27, 2012

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Tony Pua mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan  Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM34.3 bilion.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Pua dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan kesan negatif kepada sistem kewangan dan perbankan tempatan apabila syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai jumlah hutang yang dianggarkan melebihi sepuluh peratus kesemua hutang korporat di Malaysia.

“Nak tanya ‘sangkaan’ apakah yang menyebabkan Menteri Kewangan enggan menjawab soalan ini sedangkan semua soalan yang dikemukakan kepada Dewan selama ini adalah sangkaan dan dakwaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua menegaskan, dakwaan jumlah hutang itu bukan satu rekaan sebaliknya fakta yang diperoleh melalui sumber terbuka di Bursa Saham dan Bank Negara.

“Saya amat kesal kenapa menteri enggan beri jawapan kerana isu ini mampu memberi ancaman kepada ekonomi negara.

“Angka (hutang) ni bukan tarik dari langit tapi ianya laporan rasmi tahunan daripada syarikat Syed Mokhtar sendiri yang juga boleh anda dapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s