Tian Chua: Sila semak sendiri status jet

 

Jamilah Kamarudin | September 27, 2012

Beliau mencabar Kementerian Pengangkutan menyemak maklumat jet tersebut di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan kemudian menjelaskannya kepada rakyat.

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR Tian Chua menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai status penerbangan jet eksekutif ke Sabah pada 15 September lalu.

Mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa jet Dassault Falcon itu adalah ‘chartered flight’, beliau berkata PKR tidak berniat untuk menyembunyikan apa-apa maklumat tentangnya.

Beliau  mencabar Kementerian Pengangkutan menyemak maklumat jet tersebut di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan kemudian menjelaskannya kepada rakyat.

“Tak timbul soal percanggahan antara saya dan Anwar, ia memang ‘chartered flight.

“Jet tu memang untuk disewa oleh sesiapa saja. Sama ada disewa atau ditaja itu isu lain.

“Anda pergi semak sendiri, tak perlu tanya saya. Kami juga sedang tunggu dan cabar kerajaan keluarkan semua maklumat-maklumat tersebut,” katanya kepada pemberita di sini lobi Parlimen di sini hari ini.

`Tanya DCA’

Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa kos bagi tempoh dua hari untuk membawa Anwar ke Sabah berjumlah RM96,000 (USD30,000), Ahli Parlimen Batu itu menafikannya.

“Dakwaan kos RM96,000 adalah tidak benar… itu satu penipuan. Pergi semak dan tanya DCA, tanya Kementerian Pengangkutan.

“Pergi tanya Menteri Pengangkutan siapa pemiliknya…dan siapa yang menyewa. Semua fakta ada pada mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengambil sikap ‘kunci mulut’ ketika diaju persoalan identiti sebenar pemilik jet yang sudi menaja penerbangan Anwar dan pemimpin Pakatan lain.

“Kalau nak tahu siapa yang uruskan…jangan tanya saya, kena tanya Anwar. Saya tak berminat untuk dedahkannya,” katanya.

Selain Anwar dan Tian Chua, turut menaiki jet berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Dr Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s