Diskaun PTPTN: Hanya mereka yang ada duit sahaja mampu bayar.

 

Fazy Sahir | September 29, 2012

Diskaun 20 peratus diberi kepada mereka yang membayar pinjaman sekali gus. Ini bermakna hanya mereka yang ada duit sahaja yang mampu bayar.

PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menyifatkan pemberian diskaun kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai bukan suatu jalan penyelesaian yang konkrit.

Beliau juga menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam seolah  terbawa-bawa ke arah persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika membentangkan Bajet 2013, Najib mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam PTPTN yang melangsaikan pinjaman sekali gus serta diskaun 10 peratus bagi mereka yang membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten.

Dalam ucapannya Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

Menurut Rafizi, pemberian diskaun itu hanya memberi manfaat kepada segelintir individu sahaja dan bukannya kepada keseluruhan para peminjam.

Gaji siswazah rendah

“Pengumuman Bajet 2013 tentang PTPTN ini tidak beri kelebihan kerana hanya sebilangan kecil peminjam yang dapat manfaat sedangkan masalah utama ialah gaji siswazah yang rendah dan jika ditolak pelbagai tanggungan lain maka mereka masih tidak mampu membayarnya.

Ujar Rafizi, “diskaun 20 peratus diberi kepada mereka yang membayar pinjaman sekali gus. Ini bermakna hanya mereka yang ada duit sahaja yang mampu bayar.

“Untuk mendapatkan diskaun 20 peratus itu, mereka yang tidak mampu membayar sekaligus terpaksa membuat pinjaman di tempat lain.

“Manakala peminjam yang berpendapatan rendah dan menghadapi masalah kewangan serta gagal membuat bayaran secara konsisten tidak layak mendapat diskaun 10 peratus pula,” jelas beliau.

“Akhirnya pengumuman ini seperti skim rumah 1Malaysia. Adakan skim sedangkan tidak sampai 100 anak muda yang mampu untuk membeli rumah walaupun mereka ada wang pendahuluan.

“Gaji mereka masih terlalu rendah untuk bayar ansuran bulanan rumah. Skim tak berkesan dan hanya beri manfaat pada sebilangan kecil sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya, diskaun ini hanya sekadar pengumuman berbentuk gimik pilihan raya dan memberi isyarat seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar keluhan rakyat dan berbuat sesuatu mengenainya.

Sebaliknya menurut beliau, pengumuman sedemikian tidak memberi kesan kepada peminjam tetapi sebaliknya mengecewakan mereka.

Rafizi sebelum ini berkata bahawa hutang PTPTN boleh dihapuskan malah Pakatan Rakyat dapat menyediakan pendidikan percuma jika menguasai kerajaan persekutuan kelak.

Rebat telefon pintar tiada asas ekonomi

Sementara itu, mengulas mengenai rebat RM200 bagi belia yang membeli telefon pintar, Rafizi berkata pengumuman tersebut yang paling bodoh dan tiada asas ekonomi.

“Kerajaan nak beri RM200 rebat sedangkan kita tahu harga telefon pintar RM1,000 dan ke atas.

“Ini bermakna mereka terpaksa menambah wang atau berbelanja lebih untuk membeli telefon berkenaan sedangkan lebih baik peruntukan sebegitu diberi untuk bantuan kepada siswazah dalam hal PTPTN ini.

“Sejak dari 2004, bajet ini paling bodoh dan tidak berkualiti untuk rakyat. Bajet ini nampak terdesak sehingga tiada asas ekonomi,” katanya.

Advertisements

One comment on “Diskaun PTPTN: Hanya mereka yang ada duit sahaja mampu bayar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s