Utusan Malaysia tak nak lapor : THE STARK REALITY OF IT ALL

 

We just returned from a very tiring campaigning trip up into the deepest reaches of Sarawak, almost near the border with Kalimantan, Indonesia. We had to travel in four-wheel drive vehicles from the airport to the first point of departure. Yes, the roads are that bad; pot-holes every few metres caused by trucks overloaded either with timber or oil-palm for the mega-companies. A journey that should take less than two hours took us an incredibly bumpy four hours.

We finally arrived our point of departure and you can see one of our four-wheel drives parked right at the water’s edge, dislodging supplies. The men are extracting gasoline from yellow drums to power our boats’ motors.

Waving at the camera is Baru Bian, our party’s State Chief. He had to take the dangerous option of sitting on a chair (not rigged to the boat!) because his knees cannot take the strain of an eight hour boat ride. Yes, eight hours on a boat!

This is how we travel; crammed into longboats with no shade from the scorching sun like sardines out to dry. Do not be fooled by the serene looking water and the greenery on the mountain-tips. The first few minutes were horrible. Sulphuric fumes from the foul smelling waters held back by a hydro-electric dam of this man-made lake were choking us. And these really are mountain tops; the rest of the mountains and the valleys below are now flooded over forever.

After four hours, we arrived at the halfway point; a small floating village of huts built on logs floating on the water. The residents here were told to evacuate to resettlement schemes miles down-river and leave their ancestral lands or suffer inundation. These remnant few chose to stay. But what a life. Imagine living in huts floating on logs, your former homes submerged miles beneath your feet. Rustic does not even come close to describing the scene which met us.

We stopped here for a simple lunch, prepared by the folks living here. Their hospitality and generosity moved us all. Of course, we insisted on compensating them for their troubles. Baru Bian then shared with them our political struggle for change; that our struggle includes their struggle, to end deplorable and inhumane situations like the one they face now.

The waters are polluted, foul smelling and muddy. Their only source of clean water is from heaven; rain-water collected in plastic tanks fitted with piping to supply the main hut. What an irony, when you live on top of so much water. I cannot bear to imagine what they must resort to in the dry season.

Nevertheless, the biggest irony of it all is the fact that these folks’ only source of electricity is from generators powered by gasoline they have to buy from the shops at the foot of the dam, when the very reason why they were uprooted from their original homes in the first place was to make way for a hydro-electric dam that generates surplus energy! All in the name of development! But at what cost?

The fishing nets on the wall caught my eye. Fish is plentiful and I am amazed how fish thrive in such waters! At least these folks’ supply of calcium won’t run out in the foreseeable future. They cultivate what they can on the bits of land left on the mountain tops; land that once used to be theirs is now ‘State Land’ and legally, therefore, they are but squatters.

The ‘kitchen’ is just a corner of the hut. A gas stove on a wooden table, with condiments on shelves attached to the hut’s wall.

And this is how you ease yourself; a hole in the floor of a tiny space made out of zinc at the back of the main hut. This lifestyle would be a hygiene-freak’s worst nightmare. And people actually live like this in Malaysia! In the 21st century!

This is the head of the family of the hut we found shelter in from the midday sun, with his wife and kin. They smile, but only for the camera. Their eyes betray their loss, their pain and their hopelessness. Yet their determination and will to live on what is left of their former homes humbles me.

Despite the betrayal, hurt and anger they must surely feel, they could find momentary joy through laughter and dance.

As I watched through a window by the ‘kitchen’, I thought to myself; there is still hope for these people. The party flag flying proudly through the afternoon breeze symbolised their only hope. We are their only hope. We cannot let them down.

We continued on our journey for a further four hours. But in those four hours, I had plenty of time to ponder. How incredibly fortunate many of us are. I would be returning home to the creature comforts of air-conditioning, hot showers, fine-dining, surfing the internet, watching box sets of DVDs and a comfy bed to retire to. But seared into my mind are the images I just shared with you. These images and the stark reality they reflect will spur me on to continue the work I have set out to do.

Bron, please share these images with as many of your friends as possible. The world needs to see and know what is happening in Sarawak.

Hugs and love,

By Vernon Kedit

Advertisements

Beri lesen penerbangan untuk syarikat kroni, Najib mesti jawab

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa menjawab penganugerahan lesen penerbangan baru kepada Malindo Airways, syarikat milik anak bekas Menteri yang dijadual akan memulakan operasi Mei tahun depan.

Malindo Airways merupakan hasil kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan Pt Lion Grup dari Indonesia.

Salah satu anak syarikat dalam Nadi ialah DZJJ Sdn Bhd, dimiliki Nur Anis Jamaluddin dan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, anak bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif (Mosti).

September lalu, Najib menghadiri majlis pemeteraian perjanjian usahasama antara Nadi dan Pt Lion yang membentuk Malindo Airways.
Nadi akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada PT Lion Grup.

Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang.

Pakatan Rakyat mempertikai mengapa syarikat Pt Lion yang mempunyai rekod buruk di Indonesia dibenarkan membentuk syarikat penerbangan di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Pt Lion telah disenaraihitam di Eropah.

“Syarikat itu mempunyai rekod paling buruk di Indonesia, juruterbangnya pernah didenda kerana mengambil dadah,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kewujudan Malindo Airways hanya akan menambah risiko penerbangan negara.

“Malah, kapal terbang syarikat itu pernah mengalami kemalangan pada 12 September lalu, justeru kita persoal bagaimana Najib dan Menteri Pengangkutan boleh meluluskan kerjasama tersebut,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut meragui kekayaan anak Jamaluddin Jarjis sehingga boleh menjadi pemegang syer sebuah syarikat besar.

“Kita hairan, anak menteri boleh ada saham berjuta ringgit, dalam usia semuda 25 hingga 27 tahun,” katanya.
Anak Jamaluddin dilaporkan turut mempunyai syarikat sistem radar di Subang, Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38559

Pembalakan haram: Mohamad Hassan bohong, KEADILAN ada bukti

(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit.

“Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.

Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit.

“Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak,” katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa.

KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38544

Pakatan mahu tangguh lulus kamera AES di negerinya

 

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut, kata Lim.

“Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan.”

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.

“Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul,” kata beliau lagi.

 

The Malaysian Insider

Beras subsidi dijual di pasaran terbuka – Audit

 

Ketiadaan beras super special tempatan

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Beras di  bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPDIAT) untuk memastikan penyaluran beras Beras Super Tempatan kepada golongan yang berpendapatan rendah dikritik hebat oleh Ketua Audit Negara (KAN) kerana gagal mencapai matlamat dan tiada pemantauan sehingga beras yang disubsidikan didapati dijual di pasaran terbuka.

Beras subsidi dijual di luar pasaran

Lawatan Audit telah dibuat ke 4 negeri iaitu Kedah, Perak, Sarawak dan Selangor untuk melihat pelaksanaan program subsidi beras telah mendapati 4 pemborong tidak mengemukakan akaun harian stok dan seorang pemborong tidak mengemaskinikannya.

Sebuah premis pemborong di Kamunting, Taiping, Perak mendapati lesen yang tidak dipamerkan, akaunnya diselenggara di tempat lain, tanpa papan tanda syarikat dan tiada punca kuasa elektrik.

“Pihak Audit tidak dapat memastikan kesahihan operasi pengampitan dijalankan di bangunan tersebut kerana semasa lawatan didapati tiada punca kuasa elektrik di dalam bangunan tersebut dan mesin untuk mengampit diikat dengan tali,” kata Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan audit 2011 yang dikeluarkan semalam.

Lebih buruk lagi, KAN juga mendapati beras subsidi dijual di pasaran terbuka di pasaraya Sri Aman, Sarawak dan Semenyih di Selangor.

“Ini membolehkan semua golongan pengguna termasuk warga asing dan pengusaha makanan memperoleh beras tersebut tanpa kawalan dan seterusnya menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan,” tambahnya.

KAN juga kesal tiada pemantauan yang dilakukan oleh KPDIAT ke atas Program Subsidi Beras. Semakan Audit mendapati hanya satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pemborong tetapi tidak terjumpa minit mesyuarata, manakal tahun 2011 satu mesyuarat Jawatankuasa Kuota Beras Subsidi telah diadakan pada 3 Oktober 2011.

Tiada garis panduan untuk memilih pemborong

KPDIAT juga dikritik KAN kerana tidak menyediakan garis panduan yang jelas dan komprehensif untuk mencapai objektif Program Subsidi Beras.

KAN juga membidas KPDIAT gagal untuk memperincikan proses pemilihan pemborong untuk memastikan proses pemilihan dibuat dengan telus dan mengambil kira keupayaan pemborong.

Selain itu, semakan audit juga mendapati tiada perjanjian ditandatangani antara KPDIAT dengan pemborong bagi Fasa I dan II. Hanya Surat Setuju Terima pelantikan sebagai pengedar beras subsidi dikeluarkan kepada pemborong bagi Fasa I.

Surat Setuju Terima, kata KAN juga mengandungi kelemahan kerana didapati tidak menyatakan dengan jelas klausa tindakan yang boleh dikenakan sekiranya pemborong melakukan kesalahan.

“Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan kerajaan,” kata KAN.

Tidak mencapai matlamat

Contoh Beras ST 15

Program Subsidi Beras yang diluluskan kabinet pada 2008 telah diberikan kepada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Dan Pengilang Padi Swasta bagi pengeluaran Beras Super Tempatan ST15% untuk Semenanjung Malaysia dan Beras Import S15% untuk Sabah dan Sarawak dengan kandungan beras hancur 15%.

Ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin meningkat serta mengekalkan harga kawalan beras subsidi dari RM1.65 per kg hingga RM1.80 per kg mengikut zon di peringkat pengguna; dan juga menampung kerugian pengilang untuk mengeluarkan beras subsidi.

BERNAS bertanggungjawab untuk mengeluarkan beras, menentukan pengambilan beras sama ada di Kompleks BERNAS atau (kilang bumiputera di bawah Program Pusat Belian) SPB, mengagihkan beras kepada pemborong dan membuat tuntutan bayaran.

“Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2011 hingga Januari 2012 mendapati objektif Program Subsidi Beras belum dicapai sepenuhnya di mana tiada satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan golongan sasar yang ditetapkan mendapat manfaat daripada program ini,” kata KAN.

Sasaran pengeluaran beras subsidi, kata KAN gagal dicapai sepenuhnya di mana  prestasi pengeluaran beras subsidi bagi Semenanjung Malaysia bagi tempoh bulan Januari hingga Mac 2009 (Fasa I) adalah tidak memuaskan kerana hanya mencapai 23.5% daripada sasaran yang ditetapkan 94,000 metrik tan.

Bagaimanapun prestasi tersebut meningkat dari tempoh bulan April 2009 hingga Disember 2011, di mana pengeluaran adalah 34,929 mt (metrik tan) untuk Semenanjung Malaysia dan 16,156 mt sebulan untuk Sabah dan Sarawak, namun ia tetap gagal mencapai sasaran  40,000 mt untuk Semenanjung dan 20,000 untuk Sabah dan Sarawak.

KPDIAT tidak cukup duit bayar BERNAS

Sejak Program Subsidi Beras dilaksanakan iaitu mulai bulan September 2008 hingga 2011, KAN berkata sejumlah RM1.828 bilion telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM2.101 bilion.

Daripada itu, KAN mendapati daripada tuntutan berjumlah RM1.606 bilion yang dikemukakan setakat 31 Disember 2011 oleh BERNAS hanya sejumlah RM1.363 bilion (84.9%) telah dibayar oleh KPDIAT.

KPDIAT memberikan alasan bahawa peruntukan yang diterima tidak mencukupi untuk menjelaskan tuntutan subsidi beras oleh BERNAS.

Lebih teruk ialah KAN mendapati Ibu Pejabat KPB (Seksyen Kawalselia Padi dan Beras) tidak menyediakan daftar untuk merekodkan semua tuntutan yang diterima daripada BERNAS dan Pengilang Swasta.

“Dengan itu, tuntutan yang dikemukakan oleh BERNAS tidak dapat dipantau dan perancangan untuk pembayaran tidak dapat dilakukan secara tepat,” kata KAN.

 

Dipetik Dari HarakahDaily.Net

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi – Wajib baca

ANALISA ISU

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.20121028-212639.jpg

Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.

Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu – Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tua terkukur yang leka mengah-ngahkan terkukurnya sehingga ‘burung’nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar. Kalau tidak berbuat apa-apa, menegur Anwar ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri; iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut ‘sunnah’ Sanusi Junid itu. Adakah… atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar sahaja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan keYahudian Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi – dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentang Rahim di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi pruducer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu… dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran hanuman kera putih tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sampa mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya Najib juga kena tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim?

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, Semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar. [wm.kl.10:42 am 25/10/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/10/penentang-anwar-alami-krisis-peribadi.html?m=1

Anwar: ‘Kenyataan Soi Lek hina Islam’

20121028-194631.jpg

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dilontar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tentang hudud satu penghinaan nyata terhadap agama Islam.

Dakwa Anwar, tindakan Soi Lek itu amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

Katanya, kenyataan Soi Lek yang dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak, juga bermaksud menghina beliau sebagai Perdana Menteri dan tetamu khas konvensyen tersebut.

“Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadab dan telah menyinggung perasaan umat Islam,” katanya yang dipetik dalam blog miliknya, semalam.

Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.

Katanya, lebih parah lagi, kenyataan Soi Lek itu seolah-olah dipersetujui Najib.

“Kebisuan Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah,” katanya.

BN telah gagal dalam 6 ujian anti rasuah

20121028-170909.jpg

Harakahdaily,
28 Okt 2012

MELAKA: BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.

“Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000,” ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah.

Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan.

Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa.

“Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?” soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kedua, katanya pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan; ketiga, ahli keluarga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelak lagi satu skandal RM250 juta “lembu dan kondo”.

“Keempat, peniup wisel tulen yang membongkarkan kes rasuah yang mengakibatkan dakwaan mahkamah harus dilindungi dan bukan dianiaya.

“Kelima, BN harus berterus terang tentang sumbangan politik seperti sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah. Akhirnya, tender terbuka harus dilaksanakan,” katanya lagi.

Beliau menambah, tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding terus dan dianugerahkan kepada para kroni, lantas menyebabkan kerugian dana awam seperti jualan murah tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi.

Gaji dan Elaun Agong, Sultan, Perdana Menteri, Menteri dan MP

 

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse – RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan – RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara – RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse – RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan – RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Bekas permaisuri Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ….

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri – RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet – RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet – RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen – RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara – RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) – RM4,112.79

So, contohnya bila Pak Lah menjadi Perdana Menteri… dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

-boyzonne-hijaurimba

“Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari Najib dan Rosmah”

 

Tuhan Pun Nampaknya Sudah Bersama PR

Semakin hampir waktu edah pilihanraya, pergelutan merebut kuasa antara BN dan PR nampaknya makin memuncak. Saban hari ada saja isu baru muncul di atmosfera politik negara, sekaligus menjadikan rating kedua-dua parti itu menjadi tidak menentu. Sekejap BN diatas, tapi sekejap kemudian dipintas kembali oleh PR. Begitu juga sebaliknya bila PR di atas, BN akan berusaha menariknya ke bawah semula.

Rating Najib dan Anwar, dua sosok yang berebut kerusi empuk Perdana Menteri juga turut tidak menentu. Kedua mereka saling berebut kasih sayang dan kepercayaan daripada rakyat.

Tetapi dalam beberapa isu besar yang muncul, terutamanya yang mahu dijadikan modal utama oleh BN, seringkali ia menjadi seperti boomerang, berpatah balik dan merosakkan tubuh badan UMNO sendiri. Berulangkalinya berlaku senjata makan tuan ini seolah-olah menunjukkan Tuhan juga bersama-sama PR dan merestui perjuangan PR untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Kaitan George Soros dengan perubahan kepimpinan dalam banyak negara di dunia ini telah digunakan oleh UMNO untuk mengaitkan dana sumbangan Soros dengan pembangkang, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim. Yang dihebohkan menerima dana daripada sebuah yayasan yang dikaitkan dengan Soros pada mulanya hanyalah Suaram dan portal berita Malaysiakini tetapi ia kemudiannya dibakulkan juga dengan PR yang kelihatan berpotensi menumbangkan BN walaupun tiada bukti sahih dikemukakan PR ada menerima mana-mana sumbangan dana asing.

Mahathir kemudiannya mempopularkan ungkapan satu undi kepada PR bermakna satu undi untuk Soros, dengan tujuannya mengingatkan rakyat supaya menolak PR. Tetapi malangnya tidak lama kemudian didedahkan bukan sahaja Mahathir yang mengadakan pertemuan dengan Soros, malahan Najib juga secara sembunyi-sembunyi ada bertemu dengan Soros.

Pertemuan Najib dengan Soros pada 2010 itu cuba disembunyikan selama ini kerana UMNO tahu kesan pertemuan itu kepada rakyat. Jika sebelum ini mana-mana pertemuan Najib dengan individu terkenal di seluruh dunia sentiasa diberi liputan meluas, pertemuan dengan Soros sebaliknya telah disembunyikan serapatnya.

Hanya setelah serangan UMNO terhadap PR dengan menggunakan isu Soros, pertemuan itu terdedah. Najib sendiri terpaksa mengaku akhirnya. Anwar dan pemimpin PR yang sering dikaitkan menerima dana Soros, tidak terbukti pun pernah bertemu dengan peniaga matawang itu, sebaliknya Mahathir dan Najib pula yang terbukti membuka ruang bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Soros.

Maka dengan sendirinya isu Soros menjadi isu yang tidak laku dan menikam diri UMNO sendiri. Ungkapan juga sudah berubah menjadi satu undi kepada Najib sama dengan satu undi untuk Soros. Tuhan nampaknya ingin menunjukkan kebenaran.

Dalam isu yang sama, ketika Suaram, Malaysiakini dan PR dikaitkan ada menerima dana asing, akhirnya terdedah juga bagaimana Ketua Menteri Sabah, Musa Aman menerima sumbangan politik daripada seorang tauke Cina berjumlah RM40 juta. Tauke itu, Michael Chia ditahan ketika membawa wang tunai RM40 juta dalam bentuk mata wang Singapura ketika dalam perjalanan dari Hong Kong ke Malaysia.

Nazri Aziz akhirnya terpaksa menjawab di Parlimen bahawa SPRM sudah menjalankan siasatan dan mengesahkan tiada unsur rasuah kerana sumbangan itu untuk UNNO dan bukannya untuk kegunaan peribadi Musa Aman.

Najib juga akhirnya mengakui suci dan halalnya wang RM40 juta itu dengan berkata tiada salahnya mana-mana parti politik menerima sumbangan walaupun sebenarnya begitu banyak keraguan yang boleh ditimbulkan. Jika benar sumbangan itu untuk UMNO, kenapa mesti dibawa dalam bentuk tunai, bukankah boleh dimasukkan terus ke akaun bank UMNO Sabah saja?

Yang turut menimbulkan persoalan ialah wang itu datangnya dari Hong Kong dan dalam bentuk matawang Singapura. Apa kaitan Singapura dan Hong Kong dalam hal ini sedangkan kita tahu kedua negara itu mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan Yahudi.

Apakah ini bermakna UMNO juga ada menerima dana asing dari luar yang ada kaitan dengan Amerika, Yahudi dan Soros?

Sekali lagi senjata makan tuan dan kebesaran kuasa Tuhan mengambil tempatnya. PR yang dituduh menerima dana asing tetapi akhirnya yang terbukti menerimanya ialah UMNO. Tuhan juga, dalam isu ini seperti merestui perjuangan PR.

Sebelum ini ketika Mahathir mengaitkan Anwar dengan Israel dan Yahudi, terbukti juga akhirnya Mahathir yang sering berutus surat dengan Perdana Menteri Israel sehingga melahirkan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang kekal sebagaimana yang terdedah dalam tiga pucuk surat Mahathir kepada Ehud Barak, Benjamin Netanyahu dan Yitzak Rabin.

Malahan Najib juga melantik perunding media yang ada kaitan dengan Israel iaitu APCO sebagai penasihat medianya sebaik menjadi PM.

Jika Anwar dan PR sering dikaitkan dengan Israel dan Yahudi lantaran hubungan peribadi dengan beberapa tokoh di Amerika, apa yang terdedah membuktikan bahawa Mahathir, Najib dan UMNO pula sebenarnya saling berpeluk erat dan menjalin kerjasama dengan musuh Islam itu.

Apa saja isu yang dibangkitkan oleh UMNO untuk menyerang PR dengan tujuan menghakis kepercayaan rakyat, seringkali ia berakhir dengan senapang yang dihalakan kepada pihak musuh itu berbalik kepada UMNO sendiri.

Begitu besar kuasa Tuhan sebenarnya.

Terserahlah kepada kita sama ada mahu menilai semua itu sama ada hanya kebetulan atau bukti nyata bahawa Tuhan juga bersma-sama PR. Tetapi yang perlu direnungkan ialah sejak UMNO memerintah lebih 50 tahun lalu, begitu banyak kebusukan yang dilakukannya sama ada yang melibatkan maruah agama, pecah amanah, rasuah, penyelewengan, membolot kekayaan dan sebagainya.

Sejak Najib menjadi PM, amalan buruk yang bersarang sejak lama makin menjadi-jadinya. Pembaziran, pemborosan dan bergaya mewah Najib sekeluarga bukan saja menjadi tatapan rakyat biasa negara, malahan juga diperbualkan di seluruh dunia.

Ketidaktegasan dan kelemahan Najib sebagai pemimpin sekaligus menjadikan semua keburukan bertambah parah, bukannya menjadi bertambah baik. Hukum agama dan adu domba pula sering menjadi mainan untuk meraih keuntungan politik.

Restu Tuhan kepada PR mungkin dengan maksud Tuhan merestui perubahan untuk mewujudkan suatu sistem yang terbaik untuk Malaysia selepas pilihanraya nanti dan mengelakkan UMNO dan para pemimpinnya daripada terus bergelumang dengan perkara-perkara yang salah.

Ia umpama ungkapan anak-anak muda sekarang, “Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari Najib dan Rosmah”

 

– Shahbudin Husin