Jaringan Lebuhraya Borneo mudahkan penduduk Sabah, S’wak

Oct 5 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Tawaran pembinaan Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB) oleh Pakatan Rakyat seperti dalam Belanjawan 2013 sangat dialu-alu rakyat Sabah dan Sarawak termasuk di kalangan usahawan dan ahli perubatan.

Ahli perniagaan Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, JLB itu bakal menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama di Pantai Timur Sabah.

“Ia sekaligus memudahkan perjalanan penduduk di kedua-dua negeri ini sekaligus merancakan ekonomi kami. Paling penting, rakyat tidak perlu lagi melalui Brunei sepertimana yang berlaku ketika ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulkifli, penduduk Sarawak yang ingin ke Kota Kinabalu perlu melalui daerah Miri, Limbang, Lawas serta bandar Brunei dan Pekan Temburong di Brunei sebelum sampai ke Sabah dalam masa 25 jam.

“Dengan siapnya lebuh raya ini nanti, rakyat tidak perlu lagi melalui Brunei seperti dan menunjukkan pasport antarabangsa kerana ini merumitkan,” katanya.

Pembinaan rangkaian lebuh raya itu turut mendapat reaksi positif doktor perubatan Sabah.

Dr Roland Shia Ming Shen menjelaskan, pembinaan Jaringan Lebuhraya Borneo itu akan memendekkan perjalanan rakyat dari Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur negeri itu dari 12 jam ketika ini kepada enam jam.

“Ia turut menjimatkan kos pengangkutan peniaga setempat, sekaligus membantu ekonomi mereka serta dapat menurunkan kadar kemiskinan rakyat.

“Kami berharap rakyat Sabah membantu mempercepat pembinaan JLB ini dengan menolak Umno BN pada pilihan raya umum kali ini,” kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri itu lagi.

Dalam Belajawan 2013, Pakatan berhasrat menaik taraf rangkaian jalan raya di kedua-dua negeri itu menerusi JLB.

Ia memfokuskan kepada pembinaan jaringan lebuh raya menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah.

JLB penting untuk pembangunan kedua-dua negeri itu supaya setanding dengan bandar lain di seluruh negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s