Kabinet bayangan kata orang… kabinet bayangan kata Najib

Aspan Alias 05 October 2012

20121005-165803.jpg

Najib sudah bercakap tentang rasuah dan keburukannya kepada masyarakat dan negara semalam. Dalam perasmian ‘International Association of Anti-Corruption Conference’ semalam semua mendengar kata-kata Najib yang semuanya mengutuk perlakuan rasuah baik dalam politik, kerajaan, swasta dan yang lain-lain.

Di antara ayat yang kita dengar dalam ucapan beliau di persidangan itu ialah “countries needed to instill a ‘natural’ abhorrence’ into the conscience of the society”. Sepotong ayat dari Najib ini telah mendapat banyak reaksi semasa saya dan beberapa orang yang minum kopi bersama saya tengah malam tadi.

“I almost fell from my chair when I heard Najib delivering his speech at that conference. I just couldn’t believe it bro! Ayat ini tidak sepatunya keluar dari mulut Najib yang sedang menghadapi tekanan dari rakyat kerana dia dan rasuah itu adalah sinonim. Itu persepsi rakyat terhadap dia. Selamba aje dia cakap gitu. Tak malu-malu dia bercakap hal rasuah ini” Kata salah seorang yang ada bersama saya di kedai mamak di Kota Damansara tengah malam tadi.

Tentu ramai orang memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan saya itu dan tidak payah lah kita ulang-ulangi apa yang Najib sendiri telah lakukan terhadap kewangan dan kantung perbendaharaan negara kita ini. Rakan saya itu bermaksud kalau hendak bercakap hal rasuah ini Najib sepatutnya mewakilkan orang atau menteri yang lain untuk bercakap tentang isu ini dalam ‘conference’ antarabangsa itu. “kalau dia nak diwakilkan pun kepada siapa yang dia nak wakilkan? Bukankah semuanya dalam kabinet itu sama sahaja?” bentak seorang lagi yang ada bersama kami.

Pandangan ini merupakan pandangan ramai dan saya menerima panggilan telefon yang banyak memberikan komen yang lebih kurang sama seperti rakan saya tadi. Mereka semuanya berkata yang mereka seolah-olah tidak percaya yang Najib mempunyai kudrat untuk bercakap tentang rasuah ini dan membenci perlakuan rasuah dalam kerajaan dan dimana-mana. “I couldn’t compute what he said at the conference” tambah seorang lagi yang ada bersama saya di meja minum itu.

Saya hanya membiarkan sahaja mereka bercakap tetapi saya telah bawa mereka untuk bercakap tentang kabinet bayangan yang Najib tuntut Pakatan Rakyat untuk memaparkannya kepada rakyat jika PR memenangi pilihanraya ke13 ini. Utusan telah menjadikan isu kabinet bayangan ini dan telah di letakkan di muka hadapan akhbar itu semalam. Utusan telah menciplak barisan kabinet bayangan yang di reka-reka oleh seorang blogger pro UMNO. Saya pun tidak dapat membayangkan bagaimana Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang sangat di hormati telah menjadi penyambung kepada blogger yang saya di fahamkan sebagai seorang yang amat kontroversial itu.

Sesungguhnya kabinet bayangan itu memang ada di setengah negara yang maju seperti di Britain. Di Britain parti pembangkangnya sentiasa mempunyai kabinet bayangan sejak dari dulu. Malahan menteri-menteri kabinet bayangan itu di bayar elaun dan gaji untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ahli-ahli kepada kabinet bayangan itu. Untuk mengadakan kabinet bayangan ia memerlukan sikap ‘gentleman’ dari parti yang memerintah. Misalnya jika menteri pertanian negara itu akan bekerjasama dengan menteri pertanian dalam kabinet bayangan itu dalam banyak isu yang diperkatakan ada kedua-dua pihak mengadakan ‘consultation’ di antara satu dengan lain.

Jika kabinet bayangan itu di adakan oleh Pakatan Rakyat bagaimanakah menteri pertanian BN untuk membuat ‘consultaion’ dengan menteri pertanian bayangan dari Pakatan kerana tugas Noh Omar dalam kabinet kerajaan ialah untuk menghina dan perlekehkan menteri pertanian bayangan dalam PR bukannya untuk bekerjasama bagi mencari dan merumuskan perkara-perkara yang baik untuk pertanian negara kita. Lagi pun orang seperti Noh Omar ini bukannya faham apa-apa yang beliau katakan dimana-mana. Beliau hanya hendak jadi Menteri bukannya hendak melakukan kebaikan untuk negara dan negeri Selangor.

Di Britain setiausaha luar mereka akan melakukan ‘consultation’ dengan setiausaha luar kabinet bayangan sebelum berucap dan bercakap di dalam isu antarabangsa bagi pihak Britain.. Pendeknya mereka samada dipihak kerajaan atau pembangkang di Britain, bercakap dengan perkara yang sama bukannya untuk bercakap memperlekehkan kabinet bayangan mereka. Najib dan BN berhentilah bercakap tentang kabinet bayangan PR ini. Kabinet bayangan kata orang, kabinet bayangan kata Najib, tetapi tidak tahu pun apakah ‘obligation’ kabinet BN terhadap kabinet bayangan PR jika ianya di adakan.

Oleh itu bagi saya PR tidak perlu mengadakan kabinet bayangannya sekarang kerana jika di adakan juga itu akan menjadi isu untuk mempersendakan pihak PR bukannya untuk bekerjasama bagi kebaikan negara. Lagi pun terlalu ramai di antara mereka yang berada di dalam kabinet hari ini bukannya memahami fungsi mereka pun. Ramai di antara ahli kabinet pada hari ini tidak tahu pun kenapa mereka berada di sana.

Mereka tidak tahu yang tugas mereka itulah untuk membuat pemantauan terhadap pelaksana supaya melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan baik. Tetapi kebanyakkan mereka yang menjadi menteri telah bersekongkol dengan pelaksana dan penjawat awam di dalam kementeriannya untuk melakukan kerja-kerja buruk seperti rasuah dan sebagainya.

Itulah sebabnya rasuah berluas-luasa di dalam kabinet dan kementerian-kementerian kerajaan BN hari ini. Mereka (menteri-menteri) bukannya hendak mengelakkan pelaksana dari melakukan rasuah malahan menjadi penggalak kepada rasuah di kementerian-kementerian masing-masing dengan bersekongkol dengan mereka (pelaksana) untuk kepentingan wang ringgit masing-masing.

Kata perpatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Itulah nilai Menteri-Menteri kita dalam kabinet negara ini. Itulah sebabnya BN terpaksa di tukar dengan PR semata-mata untuk membetulkan keadaan negara kita yang telah jauh terjerumus ke dalam kancah rasuah ini.

Seperti yang di sebut di awal-awal tadi, ramai yang hairan Najib mempunyai muka untuk bercakap dengan ‘poker face’ nya tentang isu rasuah di forum antarabangsa yang sedang di adakan di Kuala Lumpur sekarang ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s