Muflis & Bankrap 2019

20121006-163629.jpg

Itulah pandangan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, negara Malaysia boleh diistiharkan muflis dan bangkrap. Jadinya, kata Datuk Seri Idris Jala rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.

Ulasan Pakar Ekonomi dan Ketua Audit Negara mengenai isu negara Malaysia akan bankrap & muflis :

1. Dato’ Salleh Majid (Bekas Pengerusi Bursa Malaysia) sempat mengulas isu penarikan subsidi kerajaan ini yang mana beliau mengatakan implikasinya, ia mampu mengakibatkan kenaikan kos hidup dan kadar inflasi akan terus meningkat tinggi

2. Manakala Ketua Audit Negara (Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang) mengatakan belanjawan defisit yang ada pada hari ini adalah disebabkan ketirisan dan kebocoran wang berbillion ringgit setiap tahun. Sedangkan kita tidak pernah dengar sehingga kini sebarang tindakan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang “BERTANGGUNGJAWAB

Alasan Kerajaan Malaysia memotong subsidi :

1. Malaysia perlu melakukan pengurangan subsidi termasuk petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan untuk mengelakkan risiko menjadi negara seperti Greece.

2. Hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

3. Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun.

4. Rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia.

5. Budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana kerap dinikmati mereka yang tidak berhak.

6. Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport minyak seawal tahun depan sekiranya ia meneruskan kadar penggunaan petroleum seperti sekarang.

7. Malaysia merupakan antara negara yang paling bersubsidi di dunia.

8. Malaysia jimat RM103 bilion jika subsidi dikurangkan.

Setahu saya apabila kita perlu mengimport minyak ada 2 sebab. Antaranya :

a) rizab minyak dah habis
b) tahap pengeluaran minyak jauh lebih rendah daripada tahap pengunaan minyak.

Di Malaysia ini kita mengamalkan polisi pengeluaran bercatu (National Depletion Policy) yang menghadkan pengeluaran pada tahap 600-700k barrel9tong) sehari. Tujuannya ialah supaya takat pengeluaran dapat dikekalkan pada jangkamasa selama 15-20 tahun. Amerika Syarikat juga adalah pengeluar minyak yang besar dan pengimport yang besar juga. Pada tahun 2009, secara purata US mengeluarkan 5.268 M barrels/day dan net import tidak kurang pada 10.5 M barrels/day. (source: U.S. Crude Oil Production Poised for Biggest Jump Since 1970, Platts ,Friday, November 27, 2009).

Maknanya sekarang ini, daripada alasan yang diberikan Malaysia telah menggunakan lebih banyak minyak daripada jumlah minyak yang kita keluarkan. Sama seperti”bajet defisit” kita sekarang. Iaitu berbelanja /menggunakan dengan lebih daripada kemampuan.

Tetapi………rizab minyak dah nak habis ker? Daripada segi sejarah, penerokaan Petronas tidak pernah putus. Sentiasa terus melakukan kerja-kerja penerokaan di seantero dunia melalui syarikat multinasional, Petronas:

1. Di Kelantan contohnya, 1 blok minyak telah berjaya diteroka bersama-sama dengan Thailand. Blok ini adalah(Carigali-PTTPI Operating Company).

2. Di Kerteh, penerokaan oleh Petronas di Blok Tangga Barat Platform baru sahaja sail out dari Pasir Gudang & Lumut.

3. Platform pertama di Kerteh Tapis A masih lagi mengeluarkan produk yang paling mahal & berharga di dunia dari tahun 70 an sampaila sekarang ini.
Manakala Paltform pertama.

4. PETRONAS West Lutong di Miri still lagi mempunyai pengeluaran sejak dari PETRONAS ditubuhkan.

5. Ini baru di perairan Malaysia belum lagi penerokaan Petronas di luar seperti Sudan, Vietnam, Qatar, UAE, Myanmar yang terkenal dengan perolehan petroleum yang tinggi.

6. Kalau betul telaga minyak di Malaysia dah nak habis PETRONAS tidak akan baharui kontrak dengan EXXONMOBIL untuk tujuan penerokaan selama tempoh 50 tahun. PETRONAS juga tidak akan berani ambil alih TCOT (TERENGGANU CRUED OIL TERMINAL) dari EXXONMOBIL, LCOT (LABUAN) dari SHELL, BAYAN, D-18, D-35, Blok PM-9 (PULAI & TINGGI).

7. Di Sarawak MURPHY Oil sudah pun meneroka lebih dari 10 blok untuk dibangunkan.

Adakah ini menggambarkan yang telaga minyak kat Malaysia semakin berkurangan?? Kita bersyukur sebab sumber minyak kita ni masih banyak. Persoalan di sini adakah kita berjaya menguruskan khazanah “emas hitam” yang telah miliki selama ini dengan sebaiknya?

Okey…melihatkan cadangan menghapuskan subsidi dengan alasan kerajaan terpaksa “berhutang”, membuatkan saya tiba-tiba teringat semula kes-kes seperti di bawah seperti juga yang ditekankan oleh Ketua audit Negara berdasarkan penyelewengan yang pernah menggemparkan negara, antaranya:

1. Perwaja – RM 10 bilion+++

2. Pos Malaysia – RM 227 Juta.

3. Sime Darby – RM 1.5 bilion.

4. MAS – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan)

5. Proton – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan).

6. Landasan keretapi berkembar – RM 4 bilion (kos yang meningkat).

7. Jambatan Bengkok – RM 500 juta (pampasan pembatalan pembinaan).

8. Kehilangan Blok minyak kepada Brunei – RM 360 bilion

9. Tenaga Nasional Berhad – RM 1 bilion (sebelum dipulihkan)

10. Tanggungan yang membebankan ke atas Penjana Tenaga Bebas (IPP).
Pada masa ini, terdapat sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen. TNB sekarang terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada IPP tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak.

11. Kehilangan pendapatan dari perjanjian air dengan Singapura – RM 500 juta

12. Dan lain-lain

Kesilapan di atas, adakah disebabkan oleh rakyat Malaysia yang memerah keringat membanting padi, menyapu sampah, guru-guru, penoreh getah dan lain-lain ker? Penyelewengan dan kesilapan seperti di atas ini adalah dalam tempoh 20 tahun (1995 – 2015).

Sekiranya kerajaan Malaysia yang ada sekarang dapat mengelak dari berlaku pembaziran di atas maka negara Malaysia bukan sahaja mampu menjelaskan hutang tetapi mempunyai lebihan berjumlah hampir RM 500 bilion dalam tempoh 20 tahun. Fikirkanlah………..

Sumber :
by STAFF BERITA SEMASA on MAY 28, 2010.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s