Mendapat kewarganegaraan melalui ‘Projek Mahathir’

Surirumah akui dapat warganegara dalam ‘Projek Mahathir’

Malaysiakini 3:43PM Okt 8 2012

Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada “Projek Mahathir” dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

“Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir… Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang,” kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa “Projek Mahathir” itu merupakan “rancangan sulit” yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

Advertisements

One comment on “Mendapat kewarganegaraan melalui ‘Projek Mahathir’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s