‘Bagaimana 9 peratus mahu bentuk negara Kristian?’

20121016-020453.jpg

Susan Loone | 11:54AM Okt 15 2012

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

“Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat,” katanya.

Bercakap dalam forum “Masih Relevankah Ketuanan Melayu?’ di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya “Malaysia menjadi negara Kristian”.

DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itu menafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai “berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s