Penan mempunyai sebab tertentu terlibat dalam sekatan di Murum

 

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian menyelar dakwaan bahawa kaum Penan terlibat dalam sekatan di Murum akibat dihasut dan dipengaruhi sesetengah pihak.

Menurutnya, kaum minoriti tersebut tidak akan menyusahkan diri dengan terlibat dalam sekatan terbabit sekiranya tidak mempunyai sebab tertentu.

“Kaum Penan adalah penduduk yang aman dan sekiranya ada rusuhan berlaku, ia mungkin disebabkan provokasi pihak pembina empangan (Murum) atau pihak berwajib,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Baru yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri memberitahu, beliau terkilan membaca laporan akhbar semalam berhubung perkembangan terkini isu Murum bahawa polis akan menghantar bantuan dari Sibu dan Kapit dan menyifatkan ia sebagai pembentukan pe-nangkapan kaum Penan yang mengendalikan sekatan itu.

Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau bahawa tindakan boleh diambil terhadap mereka di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan atas perhimpunan haram atau mengambil bahagian dalam rusuhan.

“Sebarang penangkapan kaum minoriti itu oleh polis akan dilihat sebagai penyalahgunaan undang-undang.

“Saya bersedia sepenuhnya untuk bertindak mempertahankan kaum Penan sekiranya mereka ditangkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak melihat sebarang kesilapan untuk menyatakan sokongan dan sama-sama berjuang demi kaum tersebut.

“Apa yang salah dengan kumpulan berkenaan menunjukkan sokongan untuk warga senegara mereka?

“Jika kita percaya bahawa kita adalah bersaudara dan penjaga adik-beradik, kita juga percaya bahawa apa yang berlaku kepada mereka akan turut memberi kesan kepada kita dan untuk itu kita mesti berdiri untuk mereka,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s