PERUTUSAN BARU BIAN SEMPENA HARI RAYA KORBAN

26hb Ogos 2012

Salam sejahtera.

Saya seisi keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Korban’ kepada seluruh umat Islam dan mendoakan semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sesungguhnya setiap tugas itu adalah amanah dan amanah itu hendaklah dijalankan dengan sempurna; adil dan saksama. Berkorban untuk kebaikan manusia adalah tuntutan wajib bagi mana-mana kepercayaan. Kefahaman dan sikap hormat-menghormati antara agama adalahlah juga amanah dan manusia harus berkorban untuk tujuan tersebut. Kerana keharmonian dalam sesebuah masyarakat itu terletak kepada sifat tolerensi antara masyarakat itu sendiri.

Berkorban untuk membantu dan melindungi makhluk dunia; manusia, haiwan dan tumbuhan harus menjadi agenda utama. Konsep pengorbanan yang diceritakan melalui sejarah Islam dalam kisah penyembeklihan anaknya oleh nabi Ibrahim patut menjadi pengajaran besar kepada manusia sejagat.

Tuntutan berkorban bukan sahaja disasarkan seperti menghulur bantuan kepada yang susah dan fakir atau berkorban menghabiskan masa membuat kerja-kerja amal, tetapi saranannya adalah menyeluruh seperti mengubah sikap daripada berboros kepada berjimat, daripada bersikap tamak kepada redha dan bersyukur, daripada zalim kepada perihatin dan kasih sayang, daripada bersifat mengamalkan rasuah kepada jujur dan amanah.

Sesungguhnya dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan saksama, kita memerlukan pengorbanan seluruh lapisan masyarakat; pemimpin dan rakyat. Pemimpin harus jujur dan amanah manakala rakyat pula harus pandai menilai dan memilih pemimpin. Pemimpin yang zalim, korup dan tidak amanah harus ditolak. Rakyat harus bijak menilai mana satu pemimpin yang sanggup berkorban untuk rakyat atau mana satu pemimpin yang tergamak mengorbankan rakyat.

Akhir sekali saya mendoakan semoga umat Islam yang berada di tanah Mekah yang kini sedang mengerjakan haji, selamat menjalankan ibadah haji dan selamat balik ke tanah air.

‘Selamat Hari Raya Korban’

Sekian.

Baru Bian
ADUN
N70 Ba’ Kelalan /
Pengerusi
PKR Sarawak

Advertisements

One comment on “PERUTUSAN BARU BIAN SEMPENA HARI RAYA KORBAN

  1. I salute you YB Baru Bian. May god bless you and family always. From your words, facial expression and appearance, I know you are sincere and really working for the rakyat. Thank you for all the court cases concerning lands that you had won all yesterdays and the days ahead. Tq.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s