Beri lesen penerbangan untuk syarikat kroni, Najib mesti jawab

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa menjawab penganugerahan lesen penerbangan baru kepada Malindo Airways, syarikat milik anak bekas Menteri yang dijadual akan memulakan operasi Mei tahun depan.

Malindo Airways merupakan hasil kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan Pt Lion Grup dari Indonesia.

Salah satu anak syarikat dalam Nadi ialah DZJJ Sdn Bhd, dimiliki Nur Anis Jamaluddin dan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, anak bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif (Mosti).

September lalu, Najib menghadiri majlis pemeteraian perjanjian usahasama antara Nadi dan Pt Lion yang membentuk Malindo Airways.
Nadi akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada PT Lion Grup.

Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang.

Pakatan Rakyat mempertikai mengapa syarikat Pt Lion yang mempunyai rekod buruk di Indonesia dibenarkan membentuk syarikat penerbangan di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Pt Lion telah disenaraihitam di Eropah.

“Syarikat itu mempunyai rekod paling buruk di Indonesia, juruterbangnya pernah didenda kerana mengambil dadah,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kewujudan Malindo Airways hanya akan menambah risiko penerbangan negara.

“Malah, kapal terbang syarikat itu pernah mengalami kemalangan pada 12 September lalu, justeru kita persoal bagaimana Najib dan Menteri Pengangkutan boleh meluluskan kerjasama tersebut,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut meragui kekayaan anak Jamaluddin Jarjis sehingga boleh menjadi pemegang syer sebuah syarikat besar.

“Kita hairan, anak menteri boleh ada saham berjuta ringgit, dalam usia semuda 25 hingga 27 tahun,” katanya.
Anak Jamaluddin dilaporkan turut mempunyai syarikat sistem radar di Subang, Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38559

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s