Pembalakan haram: Mohamad Hassan bohong, KEADILAN ada bukti

(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit.

“Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.

Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit.

“Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak,” katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa.

KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38544

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s