JINGGA 13 SARAWAK DESAK WUJUD SURUHANJAYA DIRAJA

Kenyataan Media

JINGGA 13 SARAWAK

SARAWAK
Tarikh : 28 November 2012

JINGGA 13 SARAWAK DESAK WUJUD SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT KEKAYAAN LUAR BIASA TAN SRI TAIB MAHMUD , DATUK SERI MAHMUD ABU BEKIR DAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL SARAWAK

JINGGA 13 SARAWAK benar-benar amat terkejut terhadap keterangan dalam mahkamah oleh seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank Musinah Manap yang mengesahkan bahawa anak lelaki Ketua Menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan RM780,520.88 dalam tempoh masa 6 bulan pertama tahun ini dengan menggunakan kad caj .

Di antara perbelanjaan luar biasa Mahmud Abu Bekir mengikut keterangan bersumpah Musinah Manap diantaranya adalah pada bulan Januari sebanyak RM166,332.37; Februari – RM148,763.88; Mac – RM102,236.85; April – RM172,193.23; Mei – RM39,454.70 dan June – RM153,539.85. Jumlah keseluruhannya sebanyak RM782,520.88.

Ini tidak termasuk jumlah RM100 juta yang berada di dalam akaun luar negara seperti yang didedahkan oleh bekas isteri beliau Shahnaz Abdul Majid. Shahnaz sedang menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian. Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada Abu Bekir.

Persoalannya, berapakah jumlah harta kekayaan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir sebenarnya? Dari mana beliau mendapat kekayaan luarbiasa begitu?

Sebelum itu , Bruno Manser Fund juga telah mengeluarkan laporan tentang kepentingan perniagaan dan kekayaan peribadi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan ahli keluarga beliau. Menurut laporan itu, aset haram keluarga Taib dianggarkan bernilai lebih USD20billion (RM64billion).

Namun walaupun isu hangat tentang kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak ini telah berlanjutan sejak sekian lama namun sehingga sekarang tiada tindakan siasatan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

JINGGA 13 SARAWAK mengesyorkan supaya SPRM memanggil saksi-saksi di Mahkamah Syariah itu untuk diambil keterangan dan rekod pendedahan mereka supaya kertas siasatan dapat dikeluarkan segera sekiranya pihak SPRM masih gagal memperolehi bukti-bukti kukuh .

JINGGA 13 SARAWAK menuntut sebuah Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan segera terhadap kemewahan luar biasa Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya serta Pimpinan BN kerana SPRM gagal bertindak telus , adil dan professional dalam menyiasat skandal kemewahan tersebut . Pendedahan kakitangan Maybank tersebut adalah bukti bagaimana mewahnya anak Tan Sri Taib Mahmud yang perlu disiasat secara serius .

Rakyat Sarawak berhak mengetahui kedudukan sebenar sebelum mereka membuat keputusan untuk memilih kerajaan didalam pilihanraya umum nanti.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

NIKSON ABDILLAH
Koordinator
JINGGA 13 SARAWAK

Advertisements

Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu

Posted on Sunday, 4 November, 2012

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012