Rosmah didesak jawab dakwaan Deepak beli barang kemas RM13juta.

20130102-160118.jpg

PKR menuntut Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak (kanan) dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Desakan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengemukakan dokumen yang diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya ianya adalah tulen.

“RM13 juta dalam 3 bulan. Ini adalah tuduhan serius,” kata Rafizi, sambil menegaskan bahawa dokumen dan dakwaan Deepak patut disiasat oleh pihak berkuasa.

Bendahari PKR, William Leong, yang turut hadir, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada Rosmah berkata beliau akan menyiasat dakwaan tersebut.

Sumber – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s