Pengkhianatan Terhadap Kepercayaan Rakyat Oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

KENYATAAN MEDIA 20TH MARCH 2013

PENGKHIANATAN TERHADAP KEPERCAYAAN RAKYAT OLEH KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SERI ABDUL TAIB MAHMUD.

Merujuk kepada artikel yang dipaparkan di laman THE MALAYSIAN INSIDER dan GLOBAL WITNESS (http://www.globalwitness.org ) bertarikh 15 hb March 2013.

Kami rakyat Sarawak amat terkejut terhadap video pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua laman internet berikut. Isu yang sangat besar ini berkenaan dengan pengakuan secara langsung oleh beberapa individu yang dikenali sangat rapat dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud.

Untuk makluman semua isu ini bukanlah satu isu yang baru bagi kami kerana sebelum ini pelbagai pendedahan juga telah dilakukan terhadap Skandal Salahguna Kuasa peringkat tertinggi Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dan hero utamanya tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua Menteri sendiri.

Namun kali ini perbezaannya ialah, Individu-individu yang terlibat dalam klip video ‘Pendedahan Tak Sengaja’ ini ialah dari kalangan ahli keluarganya sendiri yang kita tahu sangat rapat dengan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud iaitu Fatimah Binti Tun Abdul Rahman Yaacob, Norlia Binti Tun Abdul Rahman Yaacub iaitu anak kepada mantan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub. ( bapa saudara Abdul Taib Mahmud )

Individu lain yang dipaparkan didalam video ini adalah En Huang Lung Ong yang dipercayai mewakili Huang & Co. Advocates dan En Alvin Chong dari Alvin Chong & Partner Advocates. Mereka ini merupakan dikalangan peguam yang mewakili Kerajaan Negeri Sarawak.

ISU BESAR

Isu besar disini adalah pengakuan secara langsung oleh 4 individu yang sangat rapat dengan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud terhadap perancangan mereka untuk mengkaut keuntungan dengan menjual syarikat Ample Agro ( syarikat milik keluarga Tun Rahman Yaakub ) yang memiliki tanah berjumlah 200,000 hektar yang menurut mereka adalah hasil dari pemberian Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Tanah yang dimaksudkan ini sedang dihuni oleh masyarakat pribumi Sarawak sejak berdekad lalu dan kini telah menjadi hak milik keluarga Abdul Taib melalui perancangan terperinci yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Video tersebut telah menghuraikan serta menjawab persoalan yang selama ini berlegar di minda rakyat iaitu :

  1. Bagaimana keluarga Taib Mahmud mampu memiliki harta kekayaan sebegitu banyak yang dianggarkan sebanyak RM65 billion sebelum ini. Adakah tanah ratusan ribu hektar ini ( dianggarkan sebesar 2 kali ganda Negara Hong Kong ) di Sarawak termasuk dalam jumlah tersebut.
  2. Bagaimana Datuk Abu Bekir Taib mampu memiliki kekayaan luar biasa seperti yang didedahkan didalam Mahkamah Syariah berikutan kes tuntutan cerai bekas isterinya Shahnaz.
  3. Bagaimana tanah adat dirampas melalui perancangan teliti yang dilakukan oleh penjawat awam demi untuk memuaskan hati Ketua Menteri Sarawak.

Video ini juga secara langsung telah meberitahu kita secara terperinci penglibatan agensi-agensi dibawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang berkhidmat untuk memuaskan nafsu memperkayakan keluarga oleh Abdul Taib Mahmud.

Bagaimana rakusnya Ketua Menteri Sarawak mengkaut hasil bumi untuk memperkayakan diri dan kroni walhal pada masa yang sama membiarkan majority rakyat Sarawak hidup dalam serba kekurangan termasuk ketiadaan bekalan api dan air bersih disebahagian kawasan luar bandar sejak puluhan tahun dahulu..

Dikala rakyat Sarawak dibiarkan dalam serba kekurangan malah menjadi penerima bantuan E-Kasih tertinggi di Malaysia, mereka memonopoli ekonomi negeri seolah-olah hanya mereka saja yang berhak makan daging sementara rakyat biasa dibiarkan makan pasir.

APA TINDAKAN PENGUASA?

Umum mengetahui bahawa banyak laporan Polis dan SPRM telah dibuat sejak tahun 2002 terhadap skandal salahguna kuasa Abdul Taib Mahmud dan barisan pimpinan Barisan Nasional Sarawak, namun sehingga sekarang tahun 2013 tiada pendakwaan yang dilakukan.

Adakah penguasa memerlukan sehingga 11 tahun untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap pimpinan Barisan Nasional yang terlibat? Jika benar ketiadaan bukti maka kami harap dengan pendedahan beberapa individu tadi mampu membuahkan titik mula untuk SPRM dan POLIS memulakan siasatan.

Kelemahan penguasa menangani isu-isu begini telah menjatuhkan maruah Jabatan-jabatan yang terlibat. Mereka dilihat seolah-olah menjadi robot dan ‘remote control’nya berada ditangan Ketua Menteri Sarawak.

KESIMPULAN

  1. Mendesak Abdul Taib Mahmud berundur dari jawatan yang beliau sandang dengan kadar segera untuk memberi laluan kepada siasatan pihak penguasa.
  2. Mendesak Peguam Negara untuk membekukan asset keluarga Abdul Taib Mahmud didalam Negara sehingga proses siasatan terhadap beliau selesai.
  3. Mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan yang difikirkan perlu untuk membuka kertas siasatan segera hasil pendedahan bukti terbaru ini keatas Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.
  4. Memohon Satu Suruhanjaya Bebas untuk meneliti dan menyiasat pegawai-pegawai tinggi Jabatan Tanah Dan Survey Sarawak.
  5. Mendesak Abdul Taib Mahmud untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang terlibat jika beliau tidak bersalah.

Sekian. Terima kasih.

Kenyataan Bersama Oleh :

Sdr Ahmad Nazib Johari

Ketua Angkatan Muda Sarawak

Parti Keadilan Rakyat.

 

Sdr Nikson Abdillah

Timbalan Ketua Penerangan Sarawak

Parti Keadilan Rakyat

Jingga 13 Sarawak

Advertisements

2 comments on “Pengkhianatan Terhadap Kepercayaan Rakyat Oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s