Datang Tidak Diseru Pergi Tidak Dihalau.

 

Kenyataan bahawa “ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu disebabkan mereka tidak mahu terjebak dengan isu moral yang serius termasuk menjadi ‘anak ikan oleh bekas Ketua Pemuda PKR Terenganu, Fakhrul Azman Abu Bakar dan kenyataan bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim yang mendakwa “ramai ahli parti itu keluar parti kerana tidak mahu mengikut telunjuk kepada pemimpin tertentu” itu hanya pandangan peribadi orang yang sudah patah semangat.

Kenyataan mereka berdua hanya pandangan peribadi akibat perasaan hampa (out of frustration) sahaja. Hakikatnya mungkin tidak seteruk yang diluahkan. Kenyataan sebegitu rupa bukan sesuatu yang pelik dan tidak biasa kita dengar kerana setiap ahli parti yang keluar parti akan cemuh sebanyak mungkin dengan harapan mendapat perhatian dari parti-parti yang lain. Sama juga halnya dengan bekas-bekas Presiden Umno yang keluar parti, Mereka ini juga mengeluarkan kenyataan yang berbaur kedengkian terhadap Umno.

Contohnya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mengumumkan keluar dari Umno telah menggesa kesemua menteri Umno, Timbalan Menteri dan semua peringkat pemimpin supaya bersama dengannya keluar dari parti. Malah seruannya disahut oleh seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid, yang merupakan penyokong setia Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, turut mengumumkan keluar parti.

Alasan Tun Mahathir ketika itu adalah beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri Pahang yang bertindak keluar dari parti umno kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Najib yang dianggapnya gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbiran. Tengku Azlan adalah merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Kesimpulannya, ahli datang dan pergi dalam setiap parti. Sudah semestinya mereka akan keluarkan kenyataan berunsur dendam tapi tidak semestinya apa yang dikata itu betul. Kadang-kadang ianya sengaja direkacipta untuk menarik perhatian orang diseberang sana dengan harapan mendapay surat jemputan menyertai mereka yang kununnya mempertahankan hak dan keistemewaan Melayu.

Orang sebegini tiada pendirian yang stabil malah parti PKR amat beruntung dengan pemergian mereka ini daripada menjadi parasit yang memecah-belahkan PKR dari dalam. Usah gusar dengan pemergian parasit parti sebegini kerana PKR sudah membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti yang besar dan digeruni pihak lawan. Masakan tidak, Ketua Umumnya sentiasa menjadi bahan fitnah dan cacian media arus perdana. 

Pisau Karat

Image

 

KENAIKKAN TARIF ELEKTRIK : KERAJAAN UMNOBN TERUS MENEKAN DAN ZALIMI RAKYAT – JINGGA 13

Kenyataan Media
JINGGA 13

2 Disember 2013

KENAIKKAN TARIF ELEKTRIK : KERAJAAN UMNOBN TERUS MENEKAN DAN ZALIMI RAKYAT

JINGGA 13 menyelar tindakan dan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Maximus Ongkili bahawa mulai 1 Januari 2014 bahawa rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik .

Ini menjadikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen di mana harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt. Manakala di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Juga turut difahamkan bil yang berjumlah RM90 ke atas turut akan dikenakan GST 6%.

Selepas PRU 13 , Kerajaan UMNOBN telah menggunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk terus menekan dan menzalimi rakyat.Kenaikan harga petrol,gula,ASTRO dan kini kenaikan tarif elektrik serta bakal dituruti oleh kenaikan TOL sudah pasti memberikan kesan yang amat ketara kepada rakyat.

Kerajaan UMNOBN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak mampu memberikan keselesaan dan rasa keprihatinan kepada rakyat , tetapi terus menzalimi dan memberikan bebanan yang bakal diterima oleh rakyat apabila turut akan berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup ekoran daripada siri kenaikkan yang telah dan bakal dinaikkan.

JINGGA 13 MENDESAK kerajaan UMNOBN menghentikan segala tindakan kenaikkan yang sudah pasti meletakkan rakyat akan terus sengsara dan menderita . Jangan sampai rakyat bangkit!

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

20131202-203935.jpg