Ugut, Cabar Keluar Malaysia Sangat Tidak Matang

20140621-120651-43611804.jpg
KUALA LUMPUR – Mengugut untuk keluar dari Malaysia atau mencabar supaya sesuatu pihak keluar dari Malaysia ketika menghadapi perbezaan pendapat adalah tindakan yang sangat tidak matang.

Justeru, pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua pihak sama ada parti politik, NGO atau individu agar sentiasa beriltizam dengan semangat persekutuan yang telah dimeterai melalui pengisytiharan Malaysia pada tahun 1963.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua memelihara dan mempertahankan keutuhan setiap inci tanah air ini termasuk Sabah dan Sarawak,” ujar presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Katanya, IKRAM terpanggil untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia mempertahankan keutuhan negara yang satu.

Tambahnya, sebarang seruan ke arah sebaliknya, sama ada seruan secara emosi atau provokasi, perlulah dihentikan serta-merta.

Katanya lagi, keresahan dalam kalangan penduduk yang merasakan ketidakseimbangan agihan hasil mahsul negara perlu diselesaikan segera oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau menambah, IKRAM prihatin terhadap keperluan Sabah dan Sarawak kepada kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, bekalan elektrik, perumahan, pendidikan, perubatan, pengangkutan, lebuh raya dan yang seumpamanya.

Mohd Parid menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak yang kaya dengan hasil bumi dan sumber manusia perlu dibangunkan secara optimum oleh kerajaan pusat supaya pulangannya kembali kepada rakyat kedua-dua negeri.

Ini, ujarnya akan memastikan pembangunan bersepadu yang lebih saksama serta mengelak perasaan dianaktirikan oleh rakyat kedua-dua negeri.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak supaya saling bermuafakat dan menghormati antara satu sama lain ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik.

“IKRAM mengingatkan bahawa Allah S.W.T. mengajar kita semua untuk menyuburkan bumi ini dengan seruan-Nya, ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ iaitu membawa rahmat dan kasih sayang kepada seluruh penduduk bumi,” ujarnya.

IKRAM juga, ujar beliau menyeru semua pihak agar menghormati Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan.

“Sebarang seruan atau ancaman ke arah perpecahan perlu dihentikan serta-merta. Mari kita laksanakan seruan mulia ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY

‘UiTM tak nafi projek untungkan kroni Umno’

5:26PM Jun 20 2014

20140621-015200-6720736.jpg
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penjelasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam tidak menafikan secara khusus dakwaannya bahawa projek penswastaan kampus cawangan universiti tersebut menguntungkan ahli politik Umno.

“Pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan saya mengenai siapa kroni Umno yang berada di belakang syarikat konsesi ini.

“Pengurusan UiTM juga tidak menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti yang saya dedahkan.

“Ini bermakna pengurusan UiTM membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang saya kemukakan selama ini mengenai (identiti) kroni di belakang setiap syarikat konsesi,” katanya dalam satu kenyataa.

Hanya jawab keuntungan UiTM

Rafizi menambah, kenyataan UiTM semalam hanya menjawab mengenai keuntungan yang diperolehi oleh UiTM melalui langkah tersebut.

“Pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat belaka.

“Akhirnya, pengurusan UiTM hanya mampu menjawab bahawa pendekatan menswastakan kampus cawangan UiTM kepada syarikat konsesi ini menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui kaedah “private finance initiatives” (PFI),” katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa kampus UiTM Pasir Gudang, Jasin, Seremban 3, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan dibina dan disewakan oleh syarikat yang ada kaitan dengan Umno kepada UiTM.

Dakwanya, pemberian projek secara runding itu meningkatkan kos daripada RM1.8 bilion kepada RM8.6 bilion.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan memegang konsesi untuk menyewakan kampus itu kepada UiTM selama 23 tahun.

Isu tender terbuka

Katanya, beliau tidak mempersoalkan kaedah untuk menjalankan projek berkenaan melalui pembiayaan swasta (PFI), namun menegaskan ia perlu dijalankan secara telus dan terbuka.

“Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih.

“Dalam kes konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM, konsesi dianugerahkan kepada syarikat kroni secara rundingan terus,” katanya.

Katanya, beliau juga mempersoalkan kewibawaan syarikat yang dianugerahkan konsesi itu, yang didakwanya tiada pengalaman menguruskan projek demikian kerana ia ditubuhkan untuk menerima konsesi semata-mata.

“Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang tidak baik kelak dan lain-lain,” katanya.

sumber : Malaysiakini

Politics and religion

Hornbill Unleashed

yin and yangSin Chew Daily

Is Malaysia a secular or Islamic state? Or, is it a secular Islamic state as claimed by some people?

Our founding father, the first Prime Minister Tunku Abdul Rahman, had clearly told the Parliament: “I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood; we merely provided that Islam shall be the official religion of the state.”

On September 29, 2011, however, the fourth Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad declared at the Gerakan national conference that Malaysia “is already an Islamic state”. He said that Malaysia was defined as as Islamic state as “the status has been recognised by many Islamic states in the world”.

View original post 512 more words

Nazrin: Tell me the truth no matter how bitter

20140621-012823-5303830.jpg
KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Shah told the Dewan Negara Perak members today to convey to him the truth no matter how bitter it may be so that he can discharge his responsibility fairly and equitably.

“Do not tell me tales to send me into dreamland when the reality on the ground is something different from what has been related to me.

“Hopefully, the members of the Dewan Negara will help me with all sincerity and honesty so that I can discharge my responsibility fairly and equitably,” he said when chairing his first meeting of the Dewan Negara after ascending the throne at Istana Iskandariah here.

Nazrin recalled that his late father, Sultan Azlan Shah, when addressing the 150th meeting of the Dewan Negara in March 2012, had said that the institution of the monarchy would remain relevant so long as it had the respect of the people.

He said Azlan Shah, when receiving an honorary doctorate from Universiti Sains Malaysia as a judge in June 1980, had said that monarchies had fallen due to the wrong advice of palace advisers.

The late ruler had said that these advisers comprised those greedy for short-term gain for themselves and did not consider the interests of the people and country.

Nazrin said a ruler was defined by his wisdom as well as the justice and equality of his reign.

“A reign that that is wise and just will be blessed by God, the country will be prosperous and the ruler will be able to protect the people so that they can live in peace and harmony,” he said. – Bernama

Dari Papagomo Jadi Papakedana, Dari Pemfitnah Tegar Jadi Nelayan.

20140621-011904-4744971.jpg
“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Lucu bila difikirkan dari pemfitnah tegar tiba-tiba menjadi nelayan miskin. Apakah Papagomo mempersendakan dan mempermainkan hakim dan mahkamah melalui alasan beliau yang ternyata menghina itu atau hakikat sebenar yang hidupnya menuju kehancuran.

Apakah rakyat percaya Papagomo yang dulu dikenali sebagai pemfitnah upahan yang mendapat pelbagai imbuhan dari pihak yang berkepentingan ini sudah jatuh miskin? Apakah benar Papagomo sudah menjadi Papakedana?

Kemana perginya golongan Menteri dan pimpinan Umno yang satu ketika dulu dilihat cukup rapat dengan Papagomo sehingga beliau diberi layanan VVIP untuk menyelam bersama kapalselam Scorpene? Adakah mereka sudah lupa budi Papagomo terhadap mereka? Kenapa mereka biarkan Papagomo merempat menjadi nelayan? Apakah mereka sudah jemu dengan fitnah rekaan Papagomo yang acap kali memakan diri dan parti mereka setiap kali pilihanraya?

Apa-apa pun hanya Pak Menteri saja yang ada jawapannya. Saya cuma mendoakan agar Papagomo bertaubat dan beliau diberikan kesihatan yang baik sebagai nelayan agar dapat berusaha mencari rezeki untuk menyelesaikan hutang tuntutan saman oleh Ds Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pisau Karat.

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ADALAH PEMILIHAN PERUBAHAN JIKA MAU PUTRAJAYA DIUBAH.

20140621-004620-2780293.jpg
Omak Kau melihat antara Cabang KeADILan yang perlu kepimpinannya dirombak dan diubah ialah Cabang Kota Raja.

Cabang Kota Raja memerlukan darah baru bersemangat waja dan jitu untuk membantu pucuk pimpinan parti dalam misi menawan Putrajaya.

Kepimpinan yang sedia ada Omak Kau lihat amat lemau, lemah dan tidak bermaya langsung .. Cabang Kota Raja perlukan muka segar bugar yang memiliki semangat juang tinggi dengan idea-idea yang sentiasa relevan serta tiada bagasi politik yang membolehkan pihak lawan jadikan modal menyerang.

Perlukan pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukannya tidur dalam Dewan Undangan Negeri ketika persidangan sedang rancak berjalan .. bukannya jenis berkampung di rumah Ketua Umum apabila tidak dilantik semula menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri… bukannya menghalang dan cantas pemimpin-pemimpin yang berkaliber untuk naik semata-mata takut pada bayang-bayang sendiri akan kedudukannya akan ditukar ganti… bukannya portal pro PR pun sanggup saman atas isu yang masih dalam siasatan .. bukannya jenis dilihat sebagai pembuli enggan terima pandangan akar umbi.

Pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-segalanya .. tidak bersikap biadap dan munafik berpura-pura bila berdepan dengan pimpinan tertinggi parti.

Oleh itu anggota Cabang Kota Raja perlu berani melakukan perubahan demi kebaikkan bersama .. Yang lama sudah diberi peluang untuk sekian lama namun hasilnya amat mengecewakan sekali .. cakap gegarnya amat lebih tapi hasilnya amat mengecewakan.

Ahad ini 22hb Jun 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Klang Jaya, Klang, Selangor antara jam 10 pagi hingga 5.00 petang akan berlangsung pemilihan semula PKR untuk Cabang Kota Raja yang ditangguhkan.

Harap berjalan dengan licin bebas dari ganggu kacau pihak luar .. Menang Biar Bergaya Kalah Biar Bermaruah.

Berilah sokongan kepada pasukan Kota Raja Movers .. Saf Kepimpinan yang dinamik, segar dan bersih untuk menerajui parti untuk membolehkan tenaga dan buah fikiran mereka tidak dipersia-siakan.

Buangkan yang keruh .. ambillah yang jernih … PRU 14 ialah PRU anak-anak muda maka mau tidak mau terpaksa dilantik anak-anak muda yang berkaliber untuk menerajui parti di peringkat Cabang .. Yang lama wajar beri laluan jika mereka ada sifat sayang dan melebehi parti dari kepentingan diri sendiri.

Ayuh!!! nobatkan Pasukan Kota Raja Movers Demi Rakyat Untuk Rakyat Dari Rakyat.

Petikan dari : OMAK KAU (Friday, 20 June 2014)