PEMILIHAN KEADILAN 2014 ADALAH PEMILIHAN PERUBAHAN JIKA MAU PUTRAJAYA DIUBAH.

20140621-004620-2780293.jpg
Omak Kau melihat antara Cabang KeADILan yang perlu kepimpinannya dirombak dan diubah ialah Cabang Kota Raja.

Cabang Kota Raja memerlukan darah baru bersemangat waja dan jitu untuk membantu pucuk pimpinan parti dalam misi menawan Putrajaya.

Kepimpinan yang sedia ada Omak Kau lihat amat lemau, lemah dan tidak bermaya langsung .. Cabang Kota Raja perlukan muka segar bugar yang memiliki semangat juang tinggi dengan idea-idea yang sentiasa relevan serta tiada bagasi politik yang membolehkan pihak lawan jadikan modal menyerang.

Perlukan pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukannya tidur dalam Dewan Undangan Negeri ketika persidangan sedang rancak berjalan .. bukannya jenis berkampung di rumah Ketua Umum apabila tidak dilantik semula menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri… bukannya menghalang dan cantas pemimpin-pemimpin yang berkaliber untuk naik semata-mata takut pada bayang-bayang sendiri akan kedudukannya akan ditukar ganti… bukannya portal pro PR pun sanggup saman atas isu yang masih dalam siasatan .. bukannya jenis dilihat sebagai pembuli enggan terima pandangan akar umbi.

Pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-segalanya .. tidak bersikap biadap dan munafik berpura-pura bila berdepan dengan pimpinan tertinggi parti.

Oleh itu anggota Cabang Kota Raja perlu berani melakukan perubahan demi kebaikkan bersama .. Yang lama sudah diberi peluang untuk sekian lama namun hasilnya amat mengecewakan sekali .. cakap gegarnya amat lebih tapi hasilnya amat mengecewakan.

Ahad ini 22hb Jun 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Klang Jaya, Klang, Selangor antara jam 10 pagi hingga 5.00 petang akan berlangsung pemilihan semula PKR untuk Cabang Kota Raja yang ditangguhkan.

Harap berjalan dengan licin bebas dari ganggu kacau pihak luar .. Menang Biar Bergaya Kalah Biar Bermaruah.

Berilah sokongan kepada pasukan Kota Raja Movers .. Saf Kepimpinan yang dinamik, segar dan bersih untuk menerajui parti untuk membolehkan tenaga dan buah fikiran mereka tidak dipersia-siakan.

Buangkan yang keruh .. ambillah yang jernih … PRU 14 ialah PRU anak-anak muda maka mau tidak mau terpaksa dilantik anak-anak muda yang berkaliber untuk menerajui parti di peringkat Cabang .. Yang lama wajar beri laluan jika mereka ada sifat sayang dan melebehi parti dari kepentingan diri sendiri.

Ayuh!!! nobatkan Pasukan Kota Raja Movers Demi Rakyat Untuk Rakyat Dari Rakyat.

Petikan dari : OMAK KAU (Friday, 20 June 2014)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s