Bukan kali pertama MB Selangor dipecat

Pada tahun 1976 Umno juga telah memecat Harun Idris kerana enggan melepaskan jawatan walau selepas mendapat desakan daripada partinya sendiri

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata ini bukan kali pertama dalam sejarah, Menteri Besar Selangor dipecat keahlian partinya, juga bukan kali pertama di Malaysia.

“Pada tahun 1976 Umno juga telah memecat Harun Idris kerana enggan melepaskan jawatan walau selepas mendapat desakan daripada partinya sendiri,” katanya di pejabat PKR.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan daripada partinya.
“Saya berharap Khalid berundur secara baik dan setuju bagi memudahkan proses pertukaran MB Selangor,” katanya.

Hari ini,Tan Kee Kwong telah mengambil pendirian bahawa Khalid telah dipecat dari PKR, berkuatkuasa serta merta.

Menurutnya, Lembaga Disiplin telah meneliti serta mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib Khalid, dan ini telah dibincang dalam Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.

“Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai lalu di mana parti telah sebulat suara memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

“Khalid telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut,” ujarnya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Mohamad Fadli | Aug 9, 14 9:39PM
FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s