Kenapa UMNO Bersungguh Sangat Sokong TSKI?

Saya bertanya soalan di atas kepada salah seorang penyokong tegar TSKI. Dia menjawab:

“Sayang ajk pas pusatku sendiri tak faham sepak terajang politik umno…mereka penuh strategi jahat kita pula tertipu. Mereka mahu TSKI ditukar tapi revers psyco… macam kes Hassan Ali dulu juga…malang lah pas selagi ada mcm ni jadi pemimpin.”

Walaubagaimanapun, sekiranya UMNO benar-benar ingin TSKI jatuh, jalannya amat mudah. Tidak perlu:

1) Reverse psikologi yang mungkin mengelirukan ahli UMNO yang umum mengetahui tahap kecerdikan mereka
2) Menjilat kembali segala kecaman terhadap TSKI selama ini dan
3) Menzahirkan kebodohan dan kemunafikan diri, dulu bersungguh kecam sekarang puji.

Apa yang UMNO perlu lakukan ialah teruskan serangan mereka terhadap TSKI dan berjanji akan bersama menyokong undi tidak percaya terhadap TSKI apabila ianya dikemukakan oleh PKR atau DAP. Pasti TSKI akan kalah. Mengapa tidak? Dalam keadaan itu, TSKI akan tertekan dan kembali mematuhi arahan PKR. Kerana yang menyokongnya tidak mencukupi hanya dengan PAS sahaja. Maka TSKI akan letak jawatan secara baik dan beri sokongan pada Wan Azizah.

Pada ketika itu, kehendak UMNO akan tercapai! ‘Nenek bodoh’, ‘boneka’, ‘wanita yang tidak dikenali’ yang 1,000 kali lagi lemah dari TSKI akan jadi MB! Dengan mudah sahaja UMNO akan menang PRU akan datang! Mudah sahaja, tetapi mengapa tidak buat?

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s